Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Ahad, 3 Mei 2009

PENGAJARAN EFEKTIF ( EFFECTIVE TEACHING )


Oleh : AJAX76

Definisi Pengajaran

Thomas F. Green (1997)(Buku “ The Activities of Teaching”)

“Pengajaran adalah proses menukar tingkah laku & kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru”.

Dr Ragbir Kaur (2005)

“Pengajaran adalah satu proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)”.

Definisi Efektif

KAMUS PELAJAR DBP CETAKAN KESEBELAS (1994)

EFEKTIF bermaksud.

Ø Ada kesannya (akibat pengaruhnya) (berkesan).

Ø Dapat mendatangkan hasil yang diharap-harapkan.

DEFINISI PENGAJARAN EFEKTIF

(1) Hunter (1969)(Buku “ Teach More Faster”)

“ Pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri murid-murid dan ianya berlaku dalam suasana yang sihat serta bersemangat ”.

(2) Al Ghabisi (2002)

“ Pengajaran yang dilaksanakan dalam kumpulan kecil yang sama-sama berusaha ntuk mencapai tujuan bersama dalam P&P di bawah penyeliaan guru ”.

(3) Khairi (1990)

Pengajaran yang :-

mempunyai makna & berfaedah

mempunyai nilai kekal & berterusan

menghasilkan kesan mendalam terhadap pelajar

menzahirkan kebolehan bakat terpendam pelajar bagi membolehkannya membaiki kehidupannya.

(4) Chris (1992)

“ Aktiviti pengajaran yang melibtkan pendidikan yang terbaik bagi meningkatkan keinginan pelajar dalam pembelajaran dengan berbagai aktiviti pendidikan”.

TAKRIF PENGAJARAN EFEKTIF

“Pengajaran efektif boleh ditakrifkan sebagai satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir yang dikehendaki di dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid, akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia juga merangkumi perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek”.

CIRI-CIRI PENGAJARAN AFEKTIF

  1. Sesuai bagi pelajar (masa dikorbankan & usaha yang dicurahkan).
  2. Mempunyai matlamat yang jelas & bermakna bagi pelajar.
  3. Meninggalkan kesan kepada pelajar.
  4. Dilaksanakan dengan kebijaksanaan, kefahaman & kesedaran guru.
  5. Poses P&P berlaku dengan persaingan sesama pelajar dan penglibatan dalam aktiviti P&P.
  6. Dilaksanakan dengan sokongan guru.

FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PENGAJARAN AFEKTIF

CIRI-CIRI PELAJAR

  1. Mempunyai kemampuan pemikiran dan pergerakan.
  2. Mempunyai fizikal yg baik.
  3. Mempunyai tingkah laku & kesedaran yg baik terhadap pembelajaran.

CIRI-CIRI GURU

  1. Mempunyai kebolehan & kebijaksanaan.
  2. Mempunyai keperibadian yang digemari pelajar

#Kajian oleh David G. Ryans (1959), guru yang efektif ialah guru yang mempunyai sifat-sifat berikut :

1. Bersikap adil dan tidak memilih kasih.

2. Bertimbang rasa dan baik hati.

3. Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.

4. Tenang dan stabil emosinya.

5. Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya berjenaka.

6. Berpersonaliti dinamik, iaitu menarik, tangkas dan kerapkali.

#Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.

# Al-Ghazali, (1988) & Al-Ibrashy, (1976)

Guru berkesan bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar. Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks