Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Isnin, 2 Mei 2011

Satu Guru Cemerlang Satu Inovasi

Berdasarkan program anjuran JPNJ iaitu:
ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR 2011

#Maklumat program tersebut adalah seperti berikut:-

Semua guru sekolah-sekolah KPM yang berkhidmat di Negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan telah terbukti berkesan.
Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (satu kumpulan maksimum 3 orang ahli). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 20 Mei 2011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).

Guru Cemerlang adalah diwajibkan menyertai anugerah ini, manakala setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dikalangan guru-guru (bukan Guru Cemerlang) dan Guru Pra Universiti.

Kategori Anugerah :

1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran.
2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar dan Modul.

SILA MUAT TURUN DAN LIHAT LAMPIRAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Lampiran :
01_Slaid_ANUGERAH_INOVASI_P_P.pdf
02_JK_Pelaksana.pdf
03_Syarat-syarat_penyertaan.pdf
04_Carta_Alir.pdf
05_Instrumen_penilaian_Inovasi_PnP.xls Read more "Satu Guru Cemerlang Satu Inovasi..."

Rabu, 27 April 2011

MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL PENDEDAHAN KERJAYA GURU CEMERLANG 2011 - MAJULAH GURUKU

BENGKEL PENDEDAHAN KERJAYA GURU CEMERLANG TAHUN 2011 - MAJULAH GURU
Bengkel berkenaan Kerjaya Guru Cemerlang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 28 April 2011
Tempat : Dewan Kuliah ILP Mersing
Masa : 1.30 petang hingga 5.30 petang
(Pendaftaran 1.30 ptg - 2.00 ptg)

Sehubungan dengan ini maka semua ahli MGC Mersing dekehendaki menghadiri:
MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL PENDEDAHAN KERJAYA GURU CEMERLANG 2011 - MAJULAH GURUKU berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam surat berikut:
Surat Program Majulah Guruku"> Read more "MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL PENDEDAHAN KERJAYA GURU CEMERLANG 2011 - MAJULAH GURUKU..."

Selasa, 12 April 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.

Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:


* Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.

Klik Untuk Borang Permohonan Read more "Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011..."

Isnin, 21 Februari 2011

INFO TERKINI MGC NEGERI JOHOR

Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor kali pertama 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Johor . Pada 17 Febuari 2011. Masa 9.00 pagi hingga 2.30 petang Mesyuarat telah dihadiri oleh En. Muhamad Khair Mohaidin (Sektor Pengurusan Akademik) Jabatan Pelajaran Negeri Johor, En. Norazrin bin Amir Hamzah ( Jem aah Nazir dan Jaminan Kualiti) Negeri Johor. Pn. Norizah bt. Rahmat YDP MGCJ dan semua AJK Tertingi MGCJ . Beberpa program telah dirancang dalam masa yang terdekat ini antaranya.

1.Pertandingan Kajian Tindakan MGC Negeri Johor

Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : Sekolah Menengah Sains Johor
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang

1. Dua kategori dipertandingkan

a. Kategori Sekolah Menengah
b. Kategori Sekolah Rendah

2. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ke pertandingan tersebut. Setiap peserta dikehendaki emailkan Kajian tindakan tuan/puan kepada En. Ismail bin Yon (mlyn02@yahoo.com) Pengerusi MGC daerah Kluang untuk tindakan lanjut.Dapatkan makluman selanjutnya dari pengerusi daerah masing-masing.



2. Perjumpaan Blogger MGC Negeri Johor 201 1

Tempat : Pusat Latihan Perguruan Bandar Tengara
Tarikh : 26 hingga 27 Mac 2011
Pendaftaran : 2.00 petang

1. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ( Setiausaha dan Penolong Setiausaha)

2. Bayaran RM 50.00 untuk setiap peserta.

Objektif Program

1. Menyelaras dan berkongsi maklumat untuk blog MGCJ
2. Meningkatkan pengetahuan blogger
3.Meningkatkan peranan Blog dalam pengajaran dan pembelajaran guru murid.
4. Melatih blogger baru .

3. Pihak Majlis Guru Cemerlang juga telah bersetuju untuk menjadi agen penyebar bagi program "Lesson Study" yang akan diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor kepada semua guru-guru dalam usaha untuk mepertingkatkan k eberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Satu kursus akan diberikan kepada Guru Cemerlang yang terpilih sebagai moderator untuk menjayakan program ini.


4. Semua guru cemerlang sila dapatkan Buku Harian Rasmi dan buku terbitan Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2011 dari Pengerusi/ setiausaha daerah Masing-masing . Stok terhad siapa dulu dia dapat. Read more "INFO TERKINI MGC NEGERI JOHOR..."

Ahad, 20 Februari 2011

Al-Ghazali: Adab Seorang Guru



Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:

1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2- Lambat marah.

3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.

6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.

7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8- Membimbing murid yang bebal.

9- Tidak memarahi murid yang bodoh.

10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).

11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.

16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.

17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

Lihat: Al-Ghazali, Abu Hamid (505H), Bidayatul Hidayah (diterjemahkan oleh: Ahmad Fahmi Zamzam), m/s 155-157, Kedah: Al-Khazanah Al-Banjariyah (edisi Jawi, Oktober 1993).

Dipetik daripada :
http://mendidik.blogspot.com/2008/06/al-ghazali-adab-seorang-guru.html Read more "Al-Ghazali: Adab Seorang Guru..."

Selasa, 8 Februari 2011

Bahan LINUS Literasi dan Numerasi




Berikut adalah beberapa bahan berkaitan program LINUS Literasi dan Numerasi. Diletakkan dalam blog ini supaya dapat dimuat turun dan seterusnya digunakan oleh semua guru yang berkaitan.
Antaranya termasuklah modul guru, modul murid, konstruk numerasi, konstruk kemahiran, saringan LINUS, cadangan ujian diagnostik, ujian diagnostik, bengkel RPH, rancangan harian dan rancangan tahunan.

Modul Guru LINUS Literasi Tahun 2
Modul Murid LINUS Literasi Tahun 2
Modul Guru LINUS Numerasi Tahun 2
Modul Murid LINUS Numerasi Tahun 2 (Jilid 1)
Modul Guru LINUS Numerasi Tahun 1
Konstruk Numerasi
Konstruk Kemahiran
Saringan LINUS
Cadangan Ujian Diagnostik LINUS
Ujian Diagnostik LINUS
Bengkel RPH LINUS
RPH LINUS Tahun 2
RPH LINUS Tahun 1
RPT LINUS Literasi dan Numerasi Tahun 1 & 2
RPT LINUS Literasi Tahun 2
RPT LINUS Literasi Tahun 1 Read more "Bahan LINUS Literasi dan Numerasi..."

Isnin, 7 Februari 2011

Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor

Salam,

Kepada semua Guru Cemerlang Negeri Sila lengkapkan Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor dan hantarkan kepada Yang Dipertua Daerah masing-masing dengan kadar segera.

borang_data_guru_cemerlang_negeri_johor

* Sila muat turun borang di atas dalam format doc.

* Lengkapkan borang tersebut.

* Semua maklumat hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer.

* Borang ini boleh didapati di laman blog http://mgcjohor2010.blogspot.com/

* Sila muat turun borang tersebut dipautan ini:

http://www.keepandshare.com/doc/2550647/data-guru-cemerlang-negeri-johor-doc-january-27-2011-12-12-am-62k?da=y Read more "Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor..."
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks