Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Rabu, 3 Mac 2010

29 FLGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR


29 FLGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR
1. Johor Top 5 dalam Peperiksaan Awam.
2. Kepimpinan Instruktional.
3. Program Headcount Akademik.
4. Perancangan Strategik 2009 – 2011.
5. Kepimpinan Tranformasional.
6. Menjana Kepimpinan Pertengahan.
7. Satu Guru satu Kajian Tindakan.
8. Head Count Kehadiran Murid.
9. Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
10. Program E-Bank Item.
11. Program immersion.
i- Pengetua.
ii-Guru Cemerlang.
12. Program Perkembangan Staf/Sumber Manusia.
13. Pembudayaan Ilmu.
14. Program D-Pemulihan.
15. Membangunkan SABK Cemerlang.
16. Pemantauan Berfokus.
17. Dasar Kepimpinan melalui 5 fasa kepimpinan (3 tahun di satu sekolah).
18. Program Inovasi dan Kreativiti.
19. Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2008 di sekolah.
20. Pembangunan Disiplin/Sahsiah Unggul.
21. Program Khidmat Bantu Guru.
22. Sifar Audit Berteguran.
23. Mengutamakan Kebajikan Guru.
24. Dasar RK 50% Cemerlang.
25. Pelaksanaan KPI kepada semua pegawai dan staf.
26. Pembangunan Pusat Sumber.
27. Mengembalikan Kecemerlangan Sukan di sekolah.
28. Pinch.
29. Transisi Pendidikan Khas
Read more "29 FLGSHIP PENGARAH PELAJARAN JOHOR..."

Hebahan Umum ( Peluang untuk semua Guru Cemerlang)

Salam,
Merujuk kepada mesej yang saya dapat dari En. Suresh S/U MGC Johor mohon dipanjang-panjangkan kepada semua guru Cemerlang Penerbit Pelangi bercadang untuk menerbitkan 5 set soalan ramalan UPSR,PMR dan SPM bagi semua subjek. Tarikh akhir 31 Mac 2010. JIKA SETUJU SMSkan nama, subjek dan peringkat peperiksaan. Bayaran sekaligus akan ditentukan kemudian . Berminat sila hubungi 0197161200 Pn Norizah YDP MGC Johor Read more "Hebahan Umum ( Peluang untuk semua Guru Cemerlang)..."

Rabu, 3 Februari 2010

How to use PC for a long hours.

For those who really able to sit in front of your PC for a long hours...
BEWARE of the CARPAL TUNNEL SYNDROME..

Here's some tips for the PC users (include desktop and laptop)
to avoid ourselves from facing this syndrome..

1. Watch out the distance of your head from the monitor.


2. When you were using the mouse.


3. Not forgotten when you used the keyboard.


WHAT HAPPEN if you ignore those tips ??

You will suffer of the operation to save your precious hands just like the pictures :



Therefore, remind yourself to take some light exercise during using the PC.

REMEMBER! Prevent is better than cure... Have fun with the exercise!

For extra reading :
  1. http://www.thetole.org/MalayHerbalMedicine/CarpalTunnelTreatmentCure.html
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Carpal_tunnel_syndrome


Jika anda suka artikel ini, klik sebagai tanda sokongan. Terima kasih!
Read more "How to use PC for a long hours...."

Sabtu, 30 Januari 2010

Makna Di Sebalik Logo MGC



G - Guru
Jawatan Guru Cemerlang ( di Sekolah, Institut Perguruan dan Politeknik) dalam sistem pendidikan di Malaysia

C - Cemerlang

M – Majlis – satu agensi profesional pendidikan ( guru) yang terdiri daripada Guru-guru Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai matapelajaran.

Bahagian Muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C
Sifat GC yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovasi

Garisan Merah mengeliling G
Satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang berkerja sebagai satu pasukan diseluruh negara

Warna Merah pada huruf M
Sentiasa dedikasi, penyungguhan kendiri dalam kerja.

Warna Emas
Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlag dari segi personaliti, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunakasi dan potensi diri. Melambangkan kecemerlangan berterusan.

Warna Biru
Keperihatinan ( Kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan ( Pelajar dan ibubapa/masyarakat) Read more "Makna Di Sebalik Logo MGC..."

Jumaat, 29 Januari 2010

Kursus Pembinaan Blog MGC Johor Tahun 2010








KURSUS : PEMBINAAN LAMA BLOG MGC JOHOR TAHUN 2010
TARIKH : 29-31 JANUARI 2010
TEMPAT : HOTEL LANDMARK BATU PAHAT

Salam,

Alhamdulilah hasrat untuk merealisasikan kursus pembinaan blog untuk semua Setiausaha Daerah Majlis Guru Cemerlang telah dapat dilaksanakan pada 29 hingga 31 Januari 2010. Kursus yang diadakan di Hotel Landmark Batu Pahat ini dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri dari setiausaha dan penolong setiausaha MGC daerah negeri Johor. Adalah diharapkan kursus ini akan dapat mewujudkan satu rangkaian blog yang ditunjangi oleh blog MGC Negeri Johor sendiri. ianya bukan sahaja dapat dijadikan sumber rujukan oleh semua guru dan murid di negeri Johor malah dapat digunakan oleh semua guru Cemerlang untuk berkongsi Ilmu dengan warga pendidik. Apa yang lebih penting kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan jurulatih-jurulatih diperingkat daerah untuk membudayakan penggunaan ICT sebagai salah satu wadah dalam pendidikan negara. Selamat berkursus.

1.0 Rasional:

Kursus ini diadakan.

1. Berketepatan dengan perkembangan semasa, penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan salah satu kaedah penyampaian maklumat dan pengetahuan baik kepada semua guru cemerlang , guru-guru mahupun pelajar-pelajar yang dapat digunakan secara “online” dan tanpa batasan.

2. Laman blog Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor perlu diperbaharui dan dikemaskinikan dengan maklumat terbaru dan wajah terkini. Malah amat perlu diwujudkan satu rangkaian antara Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor dengan Majlis Guru Cemerlang peringkat daerah masing-masing. Rangkaian ini pastinya mampu memberikan maklumat , pengetahuan, dan sebagai sumber rujukan kepada semua Guru Cemerlang dan warga pendidik di negeri Johor. Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan peranan Majlis Guru Cemerlang itu sendiri.

2.0 Objektif:

1. Mengemaskini dan mewujudkan semula Blog MGC Negeri Johor dan dilinkkan dengan blog MGC seluruh daerah di negeri Johor.

2. Memberikan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik kepada semua Setiausaha daerah dan negeri bagaimana menghasilkan dan mengendalikan blog untuk Majlis Guru Cemerlang daerah masing-masing.

3. Mewujudkan rangkaian jurulatih pembinaan blog di daerah masing-masing dengan harapan ianya dapat diperkembangan serta dibangunkan dan oleh seluruh Guru Cemerlang di Johor ini, selaras dengan perkembangan dan penguasaan teknologi maklumat terkini.

4. Menjadikan Blog MGC Negeri Johor dan rangkaiannya sebagai sumber rujukan, maklumat , pengetahuan dan info terkini kepada semua Guru Cemerlang, guru-guru dan pelajar-pelajar di seluruh negeri Johor dan Malaysia.

3.0 Kumpulan sasaran :

Setiausaha negeri dan daerah masing – masing
20 orang S/U dan penolong S/U daerah
3 orang S/U negeri dan penolong S/U
2 orang Fasilitator
Read more "Kursus Pembinaan Blog MGC Johor Tahun 2010..."

Khamis, 22 Oktober 2009

PAUTAN

1. MGC MALAYSIA
2. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3.JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
4.BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
5.BLOG PPD KURIKULUM (MERSING) Read more "PAUTAN..."

Ahad, 4 Oktober 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidikan Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah dan Menengah Negeri (Bahasa Inggeris SPM)

TARIKH: 5 Okt. 2009 (Isnin)
TEMPAT: Bilik Wawasan PPD Lama Mersing

PENCERAMAH:

1. En. Sheikh Fauzi b. Ali

(SMK Nitar, Mersing.)

2. En.Abd.Hafiz b. Othman

(SMK LKTP Belitong)


URUSETIA : MGC Mersing
PESERTA : 39 Orang
Sekitar Suasana Kursus

Encik Penceramah En.Abd.Hafiz b. Othman (GC DGA44) sedang tekun memberi ceramah 'Langkah-langkah P&P Bahasa Inggeris untuk Menengah Atas.

Read more "Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidikan Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah dan Menengah Negeri (Bahasa Inggeris SPM)..."
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks