Berikut adalah beberapa bahan berkaitan program LINUS Literasi dan Numerasi. Diletakkan dalam blog ini supaya dapat dimuat turun dan seterusnya digunakan oleh semua guru yang berkaitan. Antaranya termasuklah modul guru, modul murid, konstruk numerasi, konstruk kemahiran, saringan LINUS, cadangan ujian diagnostik, ujian diagnostik, bengkel RPH, rancangan harian dan rancangan tahunan.
Kepada semua Guru Cemerlang Negeri Sila lengkapkan Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor dan hantarkan kepada Yang Dipertua Daerah masing-masing dengan kadar segera.
Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Nuffnang Ads
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
Mengingatkan kepada pihak sekolah bahawa latihan akademik yang cukup, sesuai dan konsisten mesti dibekalkan kepada murid bagi setiap topic mata pelajaran.
Memastikan penjajaran kurikulum berlaku iaitu latihan akademik murid menjadi fokus guru sebagaiman penulisan buku rekod dan pelaksanaan P&P dalam bilik darjah.
Menyediakan garis panduan asas kepada guru mata pelajaran untuk menentukan jumlah latihan akademik paling minimum berdasarkan potensi murid masing-masing.
Menjadikan penentuan jumlah latihan akademik sebagai SKT guru dan dijadikan Standard Kualiti Sekolah.
Apayang ditulis = Apa yang diajar = Apa yang diuji
PELAKSANAAN
Bagi tujuan peluasan, SPA akan membangunkan PLAN-J mata pelajaran selebihnya pada tahun 2010 bagi pelaksanaan tahun 2011.
Semua sekolah akan menerima salinan PLAN-J dan guru mata pelajaran mesti mengisi ruang Piawaian Sekolah.
Piawaian sekolah tidak boleh kurang dari KPI yang telah disediakan oleh JPN tetapi dibenarkan untuk mengatasi benchmark point tersebut.
PLAN-J mesti dilampirkan bersama di dalam Buku Persediaan Mengajar PLAN-J mesti disediakan selaras dengan Rancangan Pelajaran Tahunan yang dinilaitambah untuk memudahkan penyemakan P&P.
Pengetua/Guru Besar memantau pelaksanaan Standard Akademik di sekolah masing-masing.
Pegawai JPN/PPD akan membuat pemantauan ke sekolah-sekolah.
Tajuk : Mengurus kecemerlangan Pembentang : Tn. Hj. Ismail bin Rosdi
Jawatan : Pengetua SMK Desa Cemerlang,Pasir Gudang.
Pautan untuk muat turun bahan ceramah:
Slide 11
Tempat : Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor. Tarikh : 1 dan 2 Julai 2010 Perasmian oleh : En. Mohd Hasidin bin Hj. Zaini (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah JPNJ)
Read more "Persidangan MGC Johor 2010..."
TITIK POSITIF HARI 267 2020
-
Assalamu a'laikum wrth
Salam Mahabbah
*TITIK POSITIF HARI 267 202023 Sept. 2020M5 Safar 1442HRabu*
Belajarlah mengalah sehingga tiada yang boleh mengala...
Mengunkit semangat menyemarak obor perjuangan
-
Mengunkit semangat menyemarak obor perjuangan
Salam rakan-rakan blogger dan GPM mohon ribuaan kemaafan atas ketidak
upayaan melakar tinta kata di blog ini ...
-
URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG
dan PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2012 URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN
PENDIDIK...
Semoga Berjaya dengan cemerlang
-
Salam,
Kepada semua pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM 2011, didoakan
semoga berjaya dengan cemerlang dan mendapat keputusan yang terbaik selaras ...
Doa harian dan Pengertian doa
-
Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa
payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa
ta'ala ...
Guru Cemerlangditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi, yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.
Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk akhlak mulia dan membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum murid / pelajarnya.
Kepakaran dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut:
KECEMERLANGAN PERIBADI
KECEMERLANGAN PENGETAHUAN &KEMAHIRAN
KECEMERLANGAN KERJA KECEMERLANGAN KOMUNIKASI
KECEMERLANGAN POTENSI
TUGAS GURU CEMERLANG
Tugas Utama ( A ) Membuat perancangan pembelajaran dan pengajaran supaya dapat mencapai tahap yang ditetapkan oleh Guru Besar/Pengetua/PPD dan mengajar mata pelajaran kepakarannya. Peratusan Masa 70 %
Tugas Utama ( B ) Memimpin atau membantu dalam tugas Kurikulum dan Kokurikulum berkaitan dengan mata pelajarannya. Peratusan Masa 10 %
Tugas Utama ( C ) Melaksanakan tugas khusus bimbingan murid/pelajar serta peningkatan profesionalisma guru-guru di sekolahnya. Peratusan Masa 10 %
Tugas Utama ( D ) Melaksanakan tugas-tugas khas yang diberi oleh PPD, Pengarah JPN, Pengarah Bahagian dengan restu KPPM. Peratusan Masa 10 %