NKRA
Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing
Selasa, 12 April 2011
Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:
* Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.
Klik Untuk Borang Permohonan Read more "Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011..."

Isnin, 21 Februari 2011
INFO TERKINI MGC NEGERI JOHOR
Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor kali pertama 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Johor . Pada 17 Febuari 2011. Masa 9.00 pagi hingga 2.30 petang Mesyuarat telah dihadiri oleh En. Muhamad Khair Mohaidin (Sektor Pengurusan Akademik) Jabatan Pelajaran Negeri Johor, En. Norazrin bin Amir Hamzah ( Jem aah Nazir dan Jaminan Kualiti) Negeri Johor. Pn. Norizah bt. Rahmat YDP MGCJ dan semua AJK Tertingi MGCJ . Beberpa program telah dirancang dalam masa yang terdekat ini antaranya.
1.Pertandingan Kajian Tindakan MGC Negeri Johor
Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : Sekolah Menengah Sains Johor
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
1. Dua kategori dipertandingkan
a. Kategori Sekolah Menengah
b. Kategori Sekolah Rendah
2. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ke pertandingan tersebut. Setiap peserta dikehendaki emailkan Kajian tindakan tuan/puan kepada En. Ismail bin Yon (mlyn02@yahoo.com) Pengerusi MGC daerah Kluang untuk tindakan lanjut.Dapatkan makluman selanjutnya dari pengerusi daerah masing-masing.
2. Perjumpaan Blogger MGC Negeri Johor 201 1
Tempat : Pusat Latihan Perguruan Bandar Tengara
Tarikh : 26 hingga 27 Mac 2011
Pendaftaran : 2.00 petang
1. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ( Setiausaha dan Penolong Setiausaha)
2. Bayaran RM 50.00 untuk setiap peserta.
Objektif Program
1. Menyelaras dan berkongsi maklumat untuk blog MGCJ
2. Meningkatkan pengetahuan blogger
3.Meningkatkan peranan Blog dalam pengajaran dan pembelajaran guru murid.
4. Melatih blogger baru .
3. Pihak Majlis Guru Cemerlang juga telah bersetuju untuk menjadi agen penyebar bagi program "Lesson Study" yang akan diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor kepada semua guru-guru dalam usaha untuk mepertingkatkan k eberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Satu kursus akan diberikan kepada Guru Cemerlang yang terpilih sebagai moderator untuk menjayakan program ini.
4. Semua guru cemerlang sila dapatkan Buku Harian Rasmi dan buku terbitan Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2011 dari Pengerusi/ setiausaha daerah Masing-masing . Stok terhad siapa dulu dia dapat. Read more "INFO TERKINI MGC NEGERI JOHOR..."

Ahad, 20 Februari 2011
Al-Ghazali: Adab Seorang Guru

Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:
1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).
2- Lambat marah.
3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.
4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.
5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.
7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
8- Membimbing murid yang bebal.
9- Tidak memarahi murid yang bodoh.
10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).
11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.
16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.
17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).
Lihat: Al-Ghazali, Abu Hamid (505H), Bidayatul Hidayah (diterjemahkan oleh: Ahmad Fahmi Zamzam), m/s 155-157, Kedah: Al-Khazanah Al-Banjariyah (edisi Jawi, Oktober 1993).
Dipetik daripada :
http://mendidik.blogspot.com/2008/06/al-ghazali-adab-seorang-guru.html Read more "Al-Ghazali: Adab Seorang Guru..."
Selasa, 8 Februari 2011
Bahan LINUS Literasi dan Numerasi

Berikut adalah beberapa bahan berkaitan program LINUS Literasi dan Numerasi. Diletakkan dalam blog ini supaya dapat dimuat turun dan seterusnya digunakan oleh semua guru yang berkaitan.
Antaranya termasuklah modul guru, modul murid, konstruk numerasi, konstruk kemahiran, saringan LINUS, cadangan ujian diagnostik, ujian diagnostik, bengkel RPH, rancangan harian dan rancangan tahunan.
• Modul Guru LINUS Literasi Tahun 2
• Modul Murid LINUS Literasi Tahun 2
• Modul Guru LINUS Numerasi Tahun 2
• Modul Murid LINUS Numerasi Tahun 2 (Jilid 1)
• Modul Guru LINUS Numerasi Tahun 1
• Konstruk Numerasi
• Konstruk Kemahiran
• Saringan LINUS
• Cadangan Ujian Diagnostik LINUS
• Ujian Diagnostik LINUS
• Bengkel RPH LINUS
• RPH LINUS Tahun 2
• RPH LINUS Tahun 1
• RPT LINUS Literasi dan Numerasi Tahun 1 & 2
• RPT LINUS Literasi Tahun 2
• RPT LINUS Literasi Tahun 1 Read more "Bahan LINUS Literasi dan Numerasi..."
Isnin, 7 Februari 2011
Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor
Salam,
Kepada semua Guru Cemerlang Negeri Sila lengkapkan Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor dan hantarkan kepada Yang Dipertua Daerah masing-masing dengan kadar segera.
borang_data_guru_cemerlang_negeri_johor
* Sila muat turun borang di atas dalam format doc.
* Lengkapkan borang tersebut.
* Semua maklumat hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer.
* Borang ini boleh didapati di laman blog http://mgcjohor2010.blogspot.com/
* Sila muat turun borang tersebut dipautan ini:
http://www.keepandshare.com/doc/2550647/data-guru-cemerlang-negeri-johor-doc-january-27-2011-12-12-am-62k?da=y Read more "Borang Data Guru Cemerlang Negeri Johor..."

Rabu, 29 Disember 2010
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula 2011

Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac 2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Nuffnang Ads
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
sumber: http://skpemanis1
.comnull "> Read more "Kurikulum Standard Sekolah Rendah bermula 2011..."

Jumaat, 17 Disember 2010
PLAN-J
APAKAH PLAN-J?
APA ITU PLAN-J?
Garis Panduan untuk menentukan jumlah minimum Latihan Akademik Murid bagi mencapai aras pembelajaran optimum mengikut potensi mereka.
STANDARD AKADEMIK?
2 Jenis Standard:
- Standard Kandungan (Standard Content)
- Standard Pencapaian (Standard Performance)
11 ELEMEN KEPEMIMPINAN INSTRUKSIONAL (MODUL HALLINGER)
- Merangka matlamat sekolah.
- Menyampaikan matlamat sekolah.
- Penyeliaan dan penilaian Instruksional.
- Menyelaras kurikulum.
- Memantau kemajuan pelajar.
- Mengawal waktu P& P (protecting Instructional time).
- Membudayakan Perkembangan Profesional.
- Mengekalkan ketampakan.
- Menyediakan ganjaran kpd guru.
- Penguatkuasaan standard akademik.
- Menyediakan insentif kpd pelajar.
PERSOALAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN GURU
- Sejauhmana dan sedalam mana sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran telah berlaku?.
- Bagaimana pengukuran keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku?.
- Bagaimana dengan kualiti dan kuantiti pengajaran dan pembelajaran ? Mencapai standard yang diharapkan?.
- Adakah murid di sekolah A menerima kualiti pengajaran dan pembelajaran yang setara dengan sekolah B?.
- Apakah indikator keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran?.
- Adakah pengajaran dan pembelajaran berfokuskan keupayaan murid dilaksanakan?.
JAWAPANNYA…
- Standard Akademik merupakan piawai pelaksanaan kurikulum oleh guru.
- Standard Akademik sebagai satu panduan pengurusan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk guru.
- Proses P&P perlu dirancang dengan rapi untuk mencapai impak yang maksimum.
- Piawaian Latihan Akademik Negeri Johor (PLAN-J) merupakan eviden perancangan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.
- Standard Akademik adalah kesinanmbungan kepada Head-count dan Audit Akademik.
FORMAT PLAN-J
MATLAMAT PLAN-J
- Mengingatkan kepada pihak sekolah bahawa latihan akademik yang cukup, sesuai dan konsisten mesti dibekalkan kepada murid bagi setiap topic mata pelajaran.
- Memastikan penjajaran kurikulum berlaku iaitu latihan akademik murid menjadi fokus guru sebagaiman penulisan buku rekod dan pelaksanaan P&P dalam bilik darjah.
- Menyediakan garis panduan asas kepada guru mata pelajaran untuk menentukan jumlah latihan akademik paling minimum berdasarkan potensi murid masing-masing.
- Menjadikan penentuan jumlah latihan akademik sebagai SKT guru dan dijadikan Standard Kualiti Sekolah.
Apayang ditulis = Apa yang diajar = Apa yang diuji
PELAKSANAAN
- Bagi tujuan peluasan, SPA akan membangunkan PLAN-J mata pelajaran selebihnya pada tahun 2010 bagi pelaksanaan tahun 2011.
- Semua sekolah akan menerima salinan PLAN-J dan guru mata pelajaran mesti mengisi ruang Piawaian Sekolah.
- Piawaian sekolah tidak boleh kurang dari KPI yang telah disediakan oleh JPN tetapi dibenarkan untuk mengatasi benchmark point tersebut.
- PLAN-J mesti dilampirkan bersama di dalam Buku Persediaan Mengajar PLAN-J mesti disediakan selaras dengan Rancangan Pelajaran Tahunan yang dinilaitambah untuk memudahkan penyemakan P&P.
- Pengetua/Guru Besar memantau pelaksanaan Standard Akademik di sekolah masing-masing.
- Pegawai JPN/PPD akan membuat pemantauan ke sekolah-sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)