Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Ahad, 20 Mei 2012

PROGRAM PENGARAH (JPNJ) TURUN PADANG KE DAERAH MERSING


-MGC Mersing mengucapkan selamat datang kepada rombongan Pengarah dan pegawai-pegawai JPNJ ke Daerah Mersing dalam "Program Pengarah Turun Padang" pada 21 May 2012.
-Semoga kehadiran Tuan dan rombongan pihak Tuan menyemarakkan lagi Mersing Hebat. Read more "PROGRAM PENGARAH (JPNJ) TURUN PADANG KE DAERAH MERSING..."

Jumaat, 4 Mei 2012

TAHNIAH! BUAT MGC MERSING (Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi PPD Mersing Tahun 2012)

-Tahniah buat semua J/Kuasa Tertinggi dan ahli Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing (MGC Mersing) di atas pengiktirafan yang diberi oleh PPD Mersing iaitu Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi PPD Mersing bagi Tahun 2012.

-Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadikan kita lebih bermotivasi bagi terus menghulur bakti kepada dunia pendidikan di bumi Mersing yang bertuah ini.

-Semoga segala sumbangan MGC Mersing akan terus dihargai dan diberkati oleh Allah S.W.T.

#Lampiran di bawah merupakan gambar berkaitan berita penganugerahan Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi PPD Mersing Tahun 2012 kepada MGC Mersing yang dipetik daripada laman blog Mersing Hebat.

Read more "TAHNIAH! BUAT MGC MERSING (Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi PPD Mersing Tahun 2012)..."

Lagu Tema Hari Guru 2012 (Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara)



-SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK KHUSUSNYA YANG BERADA DI DAERAH MERSING DAN NEGERI JOHOR AMNYA.

-BERIKUT DILAMPIRKAN BAHAN (LIRIK & AUDIO) TEMA HARI GURU TAHUN 2012 YANG BOLEH DIMUAT TURUN UNTUK KEGUNAAN DAN SUDAH SEMESTINYA UNTUK DIHAYATI.

Read more "Lagu Tema Hari Guru 2012 (Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara)..."

Rabu, 2 Mei 2012

IKLAN TAWARAN PERMOHONAN MENJADI GURU CEMERLANG BAGI TAHUN 2012

URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG dan PENSYARAH CEMERLANG TAHUN 2012 URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SEBAGAI GURU CEMERLANG DI SEKOLAH DAN PENSYARAH CEMERLANG DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU, INSTITUT AMINUDDIN BAKI, KOLEJ METRIKULASI DAN ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2012

LAMPIRAN:
Iklan Guru Cemerlang 2012
Lampiran A1 Syarat2 Khusus Permohonan Guru Cemerlang PPPLD
Lampiran A2 Syarat2 Khusus Permohonan GC PPPS SR
Lampiran A3 Syarat2 Khusus Permohonan GC PPPS
Lampiran A4 Syarat Khusus GC PPPS ExPPPLD
Lampiran A5 Syarat2 Khusus Permohonan PC IPG
Lampiran B1 Borang Permohonan Guru Cemerlang Tahun 2012
Lampiran B2 Borang Permohonan Pensyarah Cemerlang IPG Tahun 2012
Lampiran C Kenyataan Ketua Jabatan Tahun 2012
Lampiran D Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Tahun 2012
Lampiran E Senarai Alamat JNJK Tahun 2012
Lampiran T1 Tapisan Keutuhan Tahun 2012 Read more "IKLAN TAWARAN PERMOHONAN MENJADI GURU CEMERLANG BAGI TAHUN 2012..."

BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH MERSING

BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH MERSING

Tindakan : GURU CEMERLANG DAERAH MERSING SEPERTI DI LAMPIRAN I
Tarikh : 02-05-2012

Maklumat : Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Tuan/ puan, Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel di atas
akan dijalankan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 3 Mei 20012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing.

Sehubungan itu, tuan/puan seperti nama di Lampiran I diminta hadir ke bengkel tersebut.

Surat panggilan rasmi telah dimasukkan ke dalam peti surat sekolah masing-masing pada 30 April 2012 jam 5.15 petang.

Sekian, untuk tindakan tuan/ puan seterusnya. Terima kasih. Read more "BENGKEL PENGURUSAN MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH MERSING..."

Isnin, 2 Mei 2011

Satu Guru Cemerlang Satu Inovasi

Berdasarkan program anjuran JPNJ iaitu:
ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR 2011

#Maklumat program tersebut adalah seperti berikut:-

Semua guru sekolah-sekolah KPM yang berkhidmat di Negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan telah terbukti berkesan.
Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (satu kumpulan maksimum 3 orang ahli). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.

Tempoh Penilaian Peringkat Sekolah :

18 April - 13 Mei 2011

Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 20 Mei 2011 ke PPD Mersing (u.p. PPPD Kurikulum).

Guru Cemerlang adalah diwajibkan menyertai anugerah ini, manakala setiap sekolah dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya satu penyertaan dikalangan guru-guru (bukan Guru Cemerlang) dan Guru Pra Universiti.

Kategori Anugerah :

1. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran.
2. Amalan Pembelajaran dan Pengajaran berbantukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
3. Produk Pembelajaran dan Pengajaran : Bahan Bantu Mengajar, Alat Bantu Mengajar dan Modul.

SILA MUAT TURUN DAN LIHAT LAMPIRAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT.
Lampiran :
01_Slaid_ANUGERAH_INOVASI_P_P.pdf
02_JK_Pelaksana.pdf
03_Syarat-syarat_penyertaan.pdf
04_Carta_Alir.pdf
05_Instrumen_penilaian_Inovasi_PnP.xls Read more "Satu Guru Cemerlang Satu Inovasi..."

Rabu, 27 April 2011

MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL PENDEDAHAN KERJAYA GURU CEMERLANG 2011 - MAJULAH GURUKU

BENGKEL PENDEDAHAN KERJAYA GURU CEMERLANG TAHUN 2011 - MAJULAH GURU
Bengkel berkenaan Kerjaya Guru Cemerlang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 28 April 2011
Tempat : Dewan Kuliah ILP Mersing
Masa : 1.30 petang hingga 5.30 petang
(Pendaftaran 1.30 ptg - 2.00 ptg)

Sehubungan dengan ini maka semua ahli MGC Mersing dekehendaki menghadiri:
MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL PENDEDAHAN KERJAYA GURU CEMERLANG 2011 - MAJULAH GURUKU berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam surat berikut:
Surat Program Majulah Guruku"> Read more "MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL PENDEDAHAN KERJAYA GURU CEMERLANG 2011 - MAJULAH GURUKU..."
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks