Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Rabu, 27 Jun 2012

LAPORAN HARI PERTAMA SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PMR DAERAH MERSING TAHUN 2012 BAGI ZON 1 (ZON MERSING DAN NITAR)

Alhamdulillah PPD dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing telah dapat melaksanakan Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR Daerah Mersing Tahun 2012 bagi Zon 1 (Mersing& Nitar)
Butiran sekitar hari pertama Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR Daerah Mersing Tahun 2012 adalah seperti berikut:-

Tarikh : 26 Jun 2012
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing

Slot 1 & 2

Penceramah- En. Sheikh Fauzi bin Ali
(Guru Cemerlang Bahasa Inggeris DG44)
Tajuk : Bahasa Inggeris PMR (Format Baru Kertas 2)
Tarikh : 26 Jun 2012
Masa : 8.30 pagi- 10.00 pagi & 10.30 pagi – 11.00 pagi

Pengisian slot:

1.Memulakan dengan nyanyian “English Songs” bersama pelajar.
2.Penerangan perbezaan di antara format lama dan baru Bahasa Inggeris PMR kertas 2.
3.Penerangan Kertas 2 Bahasa Inggeris PMR (Bahagian A).
a.Cara memahami dan menjawab Bahagian A kertas 2 Bahasa Inggeris PMR (Penulisan
karangan Berpandu).
b.Cara menulis pembukaan, isi dan penutup bagi menjawab bahagian A.
c.Cara penulisan karangan yang baik (penggunaan bahasa yang betul serta tepat dan
menarik orang lain untuk membacanya)
d.Perkara yang membantu untuk buat karangan yang baik (tambah perbendaharaan kata,
style dan tone, tenses and grammar).

4.Penerangan Kertas 2 Bahasa Inggeris PMR (Bahagian B).
5.Penerangan Kertas 2 Bahasa Inggeris PMR (Bahagian C).

En. Sheikh Fauzi bin Ali sedang menyampaikan Ceramah Bahasa Inggeris PMR (Format Baru Kertas 2)

Para pelajar Calon PMR sekolah-sekolah Zon Mersing & Nitar sedang memberikan tumpuan kepada ceramah yang disampaikan oleh En. Sheikh Fauzi bin Ali


MUAT TURUN BAHAN CERAMAH BAHASA INGGERIS PMR KERTAS 2 DI BAWAH:-



Slot 3
Penceramah- Puan Nurani bt. Abdullah
Tajuk : Bahasa Melayu PMR (Kertas 1)
Tarikh : 26 Jun 2012
Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari

Pengisian slot :
1.Penerangan berkaitan ciri-ciri Kertas 1 Bahasa Melayu
a.Kod Kertas –02/1
b.Masa- 1 jam

2.Soalan berkaitan sistem bahasa (soalan 1-30)
a.Soalan 18-21 (mengesan kesalahan frasa)
b.Soalan 22-24 (ayat yang sama maksud)
c.Soalan 25-27 (penggunaan ayat yang betul)

3.Soalan berdasarkan teks (soalan 31-40)
a.Soalan 31-35 berdasarkan cerpen daripada anatlogi.
b.Soalan 36-40 berdasarakan petikan puisi/pantun.

Puan Nurani bt. Abdullah sedang menyampaikan Ceramah Bahasa Melayu PMR (Kertas 1)

MUAT TURUN BAHAN CERAMAH BAHASA MELAYU PMR KERTAS 1 DI BAWAH:-


Slot 4

Penceramah- Puan Nurani bt. Abdullah
Tajuk : Bahasa Melayu PMR (Kertas 2)
Tarikh : 26 Jun 2012
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang

Pengisian slot :
1.Penerangan berkaitan ciri-ciri Kertas 2 Bahasa Melayu

MUAT TURUN BAHAN CERAMAH BAHASA MELAYU PMR KERTAS 2 DI BAWAH:-
Read more "LAPORAN HARI PERTAMA SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PMR DAERAH MERSING TAHUN 2012 BAGI ZON 1 (ZON MERSING DAN NITAR)..."

Isnin, 25 Jun 2012

SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PMR 2012

Sukacitanya dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah Mersing bersama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing akan menganjurkan seminar berkenaan dengan sedikit pindaan tarikh seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 - 28 Jun 2012.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :
Zon Mersing dan Nitar - Dewan Kuliah ILP Mersing.
Zon Tenggaroh - Dewan SMK Tenggaroh A

(PINDA kepada 3,4 dan 5 Julai 2012)
Zon Endau - Dewan Zabedah, SMK Ungku Husin.

JADUAL TERPERINCI ADALAH DILAMPIRKAN ...

Sasaran : 401 orang Calon-Calon PMR 2012.
Mata Pelajaran yang terlibat :

1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program tersebut.
Wassalam.

Berikut dilampirkan beberapa lampiran maklumat & surat berkaitan seminar tersebut

JADUAL PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2012



Hebahan Seminar PMR


Urusetia Seminar PMR
Read more "SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PMR 2012..."

Khamis, 24 Mei 2012

CONTOH FORMAT PENULISAN KAJIAN TINDAKAN BAGI MENYERTAI KONVENSYEN MGC JOHOR 2012 (KONVENSYEN JIWA PENDIDIK)

Read more "CONTOH FORMAT PENULISAN KAJIAN TINDAKAN BAGI MENYERTAI KONVENSYEN MGC JOHOR 2012 (KONVENSYEN JIWA PENDIDIK)..."

Selasa, 22 Mei 2012

TAKLIMAT PENGURUSAN GURU CEMERLANG DAERAH MERSING

PPD Mersing dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing akan menganjurkan taklimat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 24 Mei 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : PKG Bandar Mersing

Berikut dilampirkan surat panggilan bagi program tersebut:-
Read more "TAKLIMAT PENGURUSAN GURU CEMERLANG DAERAH MERSING..."

Ahad, 20 Mei 2012

PROGRAM PENGARAH (JPNJ) TURUN PADANG KE DAERAH MERSING


-MGC Mersing mengucapkan selamat datang kepada rombongan Pengarah dan pegawai-pegawai JPNJ ke Daerah Mersing dalam "Program Pengarah Turun Padang" pada 21 May 2012.
-Semoga kehadiran Tuan dan rombongan pihak Tuan menyemarakkan lagi Mersing Hebat. Read more "PROGRAM PENGARAH (JPNJ) TURUN PADANG KE DAERAH MERSING..."

Jumaat, 4 Mei 2012

TAHNIAH! BUAT MGC MERSING (Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi PPD Mersing Tahun 2012)

-Tahniah buat semua J/Kuasa Tertinggi dan ahli Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing (MGC Mersing) di atas pengiktirafan yang diberi oleh PPD Mersing iaitu Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi PPD Mersing bagi Tahun 2012.

-Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadikan kita lebih bermotivasi bagi terus menghulur bakti kepada dunia pendidikan di bumi Mersing yang bertuah ini.

-Semoga segala sumbangan MGC Mersing akan terus dihargai dan diberkati oleh Allah S.W.T.

#Lampiran di bawah merupakan gambar berkaitan berita penganugerahan Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi PPD Mersing Tahun 2012 kepada MGC Mersing yang dipetik daripada laman blog Mersing Hebat.

Read more "TAHNIAH! BUAT MGC MERSING (Anugerah Pengurusan Profesional Berprestasi Tinggi PPD Mersing Tahun 2012)..."

Lagu Tema Hari Guru 2012 (Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara)



-SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK KHUSUSNYA YANG BERADA DI DAERAH MERSING DAN NEGERI JOHOR AMNYA.

-BERIKUT DILAMPIRKAN BAHAN (LIRIK & AUDIO) TEMA HARI GURU TAHUN 2012 YANG BOLEH DIMUAT TURUN UNTUK KEGUNAAN DAN SUDAH SEMESTINYA UNTUK DIHAYATI.

Read more "Lagu Tema Hari Guru 2012 (Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara)..."
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks