Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Rabu, 13 Mac 2013

MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH MERSING TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan mesyuarat di atas akan diadakan sepertimana ketetapan berikut:-

Tarikh : 14 Mac 2013 (Khamis)
Masa : 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Seminar, PPD Mersing

Sehubungan itu, di minta kerjasama semua ahli MGC Daerah Mersing utuk menghadiri mesyuarat ini. Surat panggilan mesyuarat telah diedarkan ke sekolah masing-masing.

SENARAI AHLI MGC MERSING TAHUN 2013:



BIL NAMA SEKOLAH
1 USTH. NORHAYATI SALLEH SMK MERSING
2 SUKMAWATI MOHD.NOR SMK MERSING
3 ZULKARNAIN BIN MAHMOOD SMK MERSING
4 IZHAN BIN IBRAHIM SMK MERSING
5 SHEIKH FAUZI ALI SMK NITAR
6 MERHALIM ALI SMK NITAR
7 NURANI ABDULLAH SMK UNGKU HUSIN
8 KUNGI KUAYA P.MOHAMAD SMK UNGKU HUSIN
9 ROSDAN BIN KAMARULZAMAN SMK UNGKU HUSIN
10 MOHD ZAMNI BIN SAIRUN@SAIRON SMK TENGGAROH A
11 ZAMRI BIN ABDULLAH SMK TENGGAROH A
12 ROHAYA BINTI MOHAMAD YACOB SMK TENGGAROH A
13 HALIMAHTUS SA'DIAH BINTI ITHNIN SMK TAN SRI ABDUL KADIR
14 SHAMSUDIN BINT OTHMAN SM SAINS SUL ISKANDAR 
15 AZEMI BIN AHMAD SM SAINS SUL ISKANDAR 
16 ABDUL RAZAK ISNIN SK SRI MERSING
17 ROSLIZA ABD. MANAP SK BANDAR ENDAU
18 ZANARIAH BINTI ZAKARIAH SK MERSING KANAN
19 HALIZA BINTI JELANI SK MERSING KANAN
20 PUSPA JULINA JAAFAR SIDIK SK SAWAH DATO'
21 SHAMSULBAHRI BIN IDRIS SK SRI PANTAI
22 SALINA BINTI AWANG SK (FELDA) TENGGAROH 2
23 MOHD FREEZAILLAH ARKMEY BIN MD DIN SK (FELDA) TENGGAROH 6
24 MOHD FARUZE BIN IBERAHIM SK TELOK LIPAT
25 MOHD KHAIRULNISA BIN NASHURI SK (LKTP) NITAR 2
26 ZUL HAZIZI BIN KHASBOLLAH SK TANJUNG RESANG
Read more "MESYUARAT PENYELARASAN AKTIVITI MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH MERSING TAHUN 2013 ..."

Khamis, 12 Julai 2012

PERHIMPUNAN PERDANA GURU CEMERLANG 2012




PETIKAN BERITA BERKAITAN PERHIMPUNAN PERDANA GURU CEMERLANG 2012:

Tumpu usaha lengkapkan kemampuan berfikir generasi masa depan
Oleh:


Tarikh: July 12, 2012
PUTRAJAYA - Bidang pendidikan negara perlu memberi perhatian kepada usaha membangunkan modal intelektual dalam negara, yang secara khususnya merujuk kepada usaha melengkapkan generasi masa depan dengan kemampuan berfikir di peringkat tertinggi iaitu tajam, mendalam, kreatif dan inovatif.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini penting kerana negara berhasrat melahirkan anak-anak bangsa bukan hanya untuk menikmati kemajuan hari ini semata-mata, tetapi untuk masa depan negara yang lebih gemilang.

Beliau berkata di masa hadapan generasi ini terpaksa mengisi pekerjaan yang mungkin masih belum wujud pada hari ini, dan cabaran yang dihadapi negara dalam soal ini ialah usaha mencari jalan bagaimana cara untuk menyediakan mereka dalam menghadapinya.

"Bagaimana nak sediakan mereka untuk pekerjaan yang belum wujud; jawapannya tak boleh sebab kita tidak tahu jenis pekerjaan yang belum wujud, cuma kita boleh sediakan mereka dari segi kemampuan berfikir... higher order of thinking skill ini," katanya semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Guru Cemerlang 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

"Ini supaya mereka boleh fikir bukan sahaja dengan tajam dan mendalam, tapi juga cukup kreatif dan inovatif, supaya mereka ada keanjalan untuk melakukan adaptasi dalam apa jua situasi bakal wujud nanti," tambahnya.

Perdana Menteri berkata di sinilah guru cemerlang yang merupakan ikon komuniti pendidikan memainkan peranan kerana mereka tahu mengenai cara untuk menguruskan proses pembelajaran dan pengajaran, bagi menyuntik motivasi di kalangan pelajar di samping mencetuskan idea baru di bidang pendidikan.

Beliau seterusnya berkata modal insan perlu dibangunkan dalam negara kerana ia adalah petunjuk utama yang akan digunakan oleh pelabur asing dalam menentukan keputusannya sama ada untuk menanam modal dalam negara atau sebaliknya.

Guru Cemerlang merujuk kepada guru yang diiktiraf mempunyai pengetahuan, kemahiran serta kepakaran yang tinggi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran; dan kenaikan pangkat buat Guru Cemerlang diperkenalkan mulai 1993 untuk memberikan peluang kenaikan pangkat lebih baik bagi mereka tanpa memerlukan mereka meninggalkan tugas mengajar.

Najib berkata jumlah guru cemerlang dalam negara ketika ini mencecah 13,000 orang, dengan 36 sudah berpangkat JUSA C.

Perhimpunan 1,500 orang guru cemerlang hari ini merupakan agenda nasional yang dirancang Biro Tatanegara (BTN) dengan kerjasama Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) serta Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) bagi menyatukan gagasan pemikiran guru cemerlang agar seiring dengan agenda transformasi pendidikan negara ke arah meningkatkan kualiti pendidikan. - Bernama



Read more "PERHIMPUNAN PERDANA GURU CEMERLANG 2012..."

Ahad, 8 Julai 2012

Senamrobik Serentak 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012



Backdrop Rasmi Program


Banner Rasmi Program

Bunting Rasmi Program

Design Halaman Dalam Buku Program

Cover Depan Rasmi Buku Program

Design T-Shirt Rasmi Program


1.Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)

2.Masa bermula senamrobik : 8.00 pagi



3.Masa senamrobik adalah selama 35 minit.

4.Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut rentak seperti yang disediakan dalam cakera padat.

5.Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut kemampuan masing-masing.

6.Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk melakukannya mengikut kemampuan masing-masing.

7.Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi / murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta), guru, anggota khidmat sokongan; ikon sukan; dan VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi, Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.

PANDUAN PELAKSANAAN
Bahagian Sukan KPM - Panduan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan


MUAT TURUN MP3 AUDIO LAGU SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN DI BAWAH INI:-
Read more "Senamrobik Serentak 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA 2012..."

Jumaat, 6 Julai 2012

Jemputan ke Tenggaroh Berselawat

Read more "Jemputan ke Tenggaroh Berselawat..."

Rabu, 27 Jun 2012

LAPORAN HARI PERTAMA SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PMR DAERAH MERSING TAHUN 2012 BAGI ZON 1 (ZON MERSING DAN NITAR)

Alhamdulillah PPD dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing telah dapat melaksanakan Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR Daerah Mersing Tahun 2012 bagi Zon 1 (Mersing& Nitar)
Butiran sekitar hari pertama Seminar Kecemerlangan Pendidikan PMR Daerah Mersing Tahun 2012 adalah seperti berikut:-

Tarikh : 26 Jun 2012
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Kuliah Utama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Mersing

Slot 1 & 2

Penceramah- En. Sheikh Fauzi bin Ali
(Guru Cemerlang Bahasa Inggeris DG44)
Tajuk : Bahasa Inggeris PMR (Format Baru Kertas 2)
Tarikh : 26 Jun 2012
Masa : 8.30 pagi- 10.00 pagi & 10.30 pagi – 11.00 pagi

Pengisian slot:

1.Memulakan dengan nyanyian “English Songs” bersama pelajar.
2.Penerangan perbezaan di antara format lama dan baru Bahasa Inggeris PMR kertas 2.
3.Penerangan Kertas 2 Bahasa Inggeris PMR (Bahagian A).
a.Cara memahami dan menjawab Bahagian A kertas 2 Bahasa Inggeris PMR (Penulisan
karangan Berpandu).
b.Cara menulis pembukaan, isi dan penutup bagi menjawab bahagian A.
c.Cara penulisan karangan yang baik (penggunaan bahasa yang betul serta tepat dan
menarik orang lain untuk membacanya)
d.Perkara yang membantu untuk buat karangan yang baik (tambah perbendaharaan kata,
style dan tone, tenses and grammar).

4.Penerangan Kertas 2 Bahasa Inggeris PMR (Bahagian B).
5.Penerangan Kertas 2 Bahasa Inggeris PMR (Bahagian C).

En. Sheikh Fauzi bin Ali sedang menyampaikan Ceramah Bahasa Inggeris PMR (Format Baru Kertas 2)

Para pelajar Calon PMR sekolah-sekolah Zon Mersing & Nitar sedang memberikan tumpuan kepada ceramah yang disampaikan oleh En. Sheikh Fauzi bin Ali


MUAT TURUN BAHAN CERAMAH BAHASA INGGERIS PMR KERTAS 2 DI BAWAH:-



Slot 3
Penceramah- Puan Nurani bt. Abdullah
Tajuk : Bahasa Melayu PMR (Kertas 1)
Tarikh : 26 Jun 2012
Masa : 11.30 pagi – 12.30 tengah hari

Pengisian slot :
1.Penerangan berkaitan ciri-ciri Kertas 1 Bahasa Melayu
a.Kod Kertas –02/1
b.Masa- 1 jam

2.Soalan berkaitan sistem bahasa (soalan 1-30)
a.Soalan 18-21 (mengesan kesalahan frasa)
b.Soalan 22-24 (ayat yang sama maksud)
c.Soalan 25-27 (penggunaan ayat yang betul)

3.Soalan berdasarkan teks (soalan 31-40)
a.Soalan 31-35 berdasarkan cerpen daripada anatlogi.
b.Soalan 36-40 berdasarakan petikan puisi/pantun.

Puan Nurani bt. Abdullah sedang menyampaikan Ceramah Bahasa Melayu PMR (Kertas 1)

MUAT TURUN BAHAN CERAMAH BAHASA MELAYU PMR KERTAS 1 DI BAWAH:-


Slot 4

Penceramah- Puan Nurani bt. Abdullah
Tajuk : Bahasa Melayu PMR (Kertas 2)
Tarikh : 26 Jun 2012
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang

Pengisian slot :
1.Penerangan berkaitan ciri-ciri Kertas 2 Bahasa Melayu

MUAT TURUN BAHAN CERAMAH BAHASA MELAYU PMR KERTAS 2 DI BAWAH:-
Read more "LAPORAN HARI PERTAMA SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PMR DAERAH MERSING TAHUN 2012 BAGI ZON 1 (ZON MERSING DAN NITAR)..."

Isnin, 25 Jun 2012

SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PMR 2012

Sukacitanya dimaklumkan Pejabat Pelajaran Daerah Mersing bersama Majlis Guru Cemerlang Daerah Mersing akan menganjurkan seminar berkenaan dengan sedikit pindaan tarikh seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 - 28 Jun 2012.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat :
Zon Mersing dan Nitar - Dewan Kuliah ILP Mersing.
Zon Tenggaroh - Dewan SMK Tenggaroh A

(PINDA kepada 3,4 dan 5 Julai 2012)
Zon Endau - Dewan Zabedah, SMK Ungku Husin.

JADUAL TERPERINCI ADALAH DILAMPIRKAN ...

Sasaran : 401 orang Calon-Calon PMR 2012.
Mata Pelajaran yang terlibat :

1. Bahasa Malaysia
2. Bahasa Inggeris
3. Matematik
4. Sains
5. Sejarah
6. Pendidikan Islam

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memberikan kerjasama yang padu dalam menjayakan program tersebut.
Wassalam.

Berikut dilampirkan beberapa lampiran maklumat & surat berkaitan seminar tersebut

JADUAL PROGRAM KECEMERLANGAN PMR 2012



Hebahan Seminar PMR


Urusetia Seminar PMR
Read more "SEMINAR KECEMERLANGAN PENDIDIKAN PMR 2012..."
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks