Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Sabtu, 25 April 2009

KENALI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI KITA (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)


Y.B.Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pelajaran
Ahli Parlimen Pagoh (Johor)

Y.B.Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran
Ahli Parlimen Batu Pahat (Johor)

Y.B.Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri Pelajaran
Ahli Parlimen Ayer Hitam (Johor) Read more "KENALI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI KITA (KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA)..."

Rabu, 22 April 2009

MAKLUMAN UNTUK SEMUA AHLI MGC MERSING 2009

(1)TAKLIMAT PENGURUSAN GURU CEMERLANG DAERAH MERSING BIL.4/2009
#Berdasarkan butiran berikut:-
Tarikh : 23 April 2009 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : SMK Ungku Husin, Endau, Mersing
Sasaran : Guru-Guru Cemerlang Daerah Mersing

(2)SEMINAR PROFESIONAL GURU-GURU CEMERLANG NEGERI JOHOR 2009
#Berdasarkan butiran berikut:-
Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kompleks Islam Negeri Johor (Bersebelahan Masjid Sultan Abu Bakar)
Pendaftaran : 7.30 pagi
#Kehadiran untuk program ini adalah diwajibkan.
Read more "MAKLUMAN UNTUK SEMUA AHLI MGC MERSING 2009..."

Isnin, 20 April 2009

SYARAT-SYARAT BEKERJA CEMERLANG DALAM ISLAM




ISLAM yakin dengan potensi manusia itu sendiri dan dari awal lagi telah melahirkan beberapa prinsip yang sangat berguna kepada prestasi kerja manusia.


Prinsip-prinsip ini terdiri daripada:

A. Niat

Dalam apa juga urusan kita, kita harus bermula dengan niat yang jelas,

kerana niat itu sebenarnya akan menentukan kejayaan atau kegagalan kita.

Menurut sebuah hadith Rasulullah (s.a.w.) dari Ibn Umar (r.a.) yang

bermaksud:

"Sesungguhnya setiap pekerjaan itu hendaklah dimulakan dengan niat.

Setiap orang akan dapat apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang

hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah

kepada Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang hijrahnya adalah kepada

urusan dunia ini atau untuk mendapatkan seorang perempuan untuk

dinikahnya, maka ia hijrahnya adalah untuk apa yang dimaksudkan."

(Bukhari dan Muslim).

B. Ilmu

Sayyidina Ali ibn Abi Talib (k.w.) pernah berkata: "Ilmu itu adalah lebih

baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.

Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu

berkurangan apabila dibelanjakan dan ilmu itu bertambah apabila

dibelanjakan".

C. Ikhtiar

Oleh kerana ikhtiar itu datang dari perkataan "khair" yang bermaksud

baik, maka ikhtiar haruslah bermakna berusaha untuk menambahkan

kebaikan.

D. Istiqamah

Istiqamah atau konsisten bermaksud biarlah kita buat sedikit tetapi selalu

dan hendaklah ditingkatkan dari satu peringkat yang rendah kepada yang

lebih tinggi.

E. Adil

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

F. Ihsan

Ihsan bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh, gigih, dedikasi

dan komited. Ia juga bermaksud melakukan sesuatu pada peringkat yang

melebihi dari peringkat adil.

G. Tawazun

Tawazun bermaksud seimbang. Kita harus dapat mengimbangkan antara

tugas kita sebagai seorang pekerja dan manusia biasa yang berkeluarga,

memerlukan masa rihat, dan lain-lain.

H. Qana'ah

Qana'ah bermaksud kesederhanaan yang membawa kepada

kecemerlangan.

I. Syura

Syura ialah suatu prinsip yang mengambilkira segala sudut pandangan dari

semua pihak yang berkenaan.

J. Muhasabah

Muhasabah bermaksud menilai diri. Ia juga bermaksud merancang apa

yang hendak kita buat.

K. Halawatul iman

Halawatul iman bermaksud kemanisan iman. Dalam kes bekerja, ia

bermaksud bahawa kerja itu hendaklah menambahkan keinginan kita

untuk lebih bersungguh, berbangga dengan hasil kerja kita, dan lain-lain.

L. Sabiquna ilal khairat

Ia bermaksud berlumba-lumba kepada kebaikan.

M. Menjauhi kemungkaran

Menjauhi kemungkaran termasuk juga nilai yang negatif.

N. Uswatun Hasanah

Ia bermaksud mencontohi yang terbaik.


(Dipetik dari: Kertas Kerja BEKERJA UNTUK KECEMERLANGAN
oleh Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM) )

Read more "SYARAT-SYARAT BEKERJA CEMERLANG DALAM ISLAM..."

Ahad, 19 April 2009

Transformasi Pendidikan

Merujuk kepada muka hadapan akhbar berita harian bertarikh 15 Disember 2008 yang bertajuk Rombakan Subjek Akademik, kerajaan melalui kementerian pelajaran bersetuju untuk membuat transformasi pendidikan pada peringkat sekolah rendah iaitu dengan menggugurkan beberapa subjek dan memperkenalkan beberapa subjek baru yang memberi penekanan terhadap latihan amali selaras dengan transformasi sistem pendidikan yang akan dilaksanakan mulai 2010. Mengikut apa yang dinyatakan oleh KP Pelajaran pengenalan subjek baru ini yang lebih bersifat praktikal bertujuan untuk menilai kebolehan pelajar secara menyeluruh, adil dan tidak hanya bergantung kepada peperiksaan semata-mata.
Secara peribadi, transformasi sebegini amatlah diperlukan dalam sistem pendidikan negara ini. Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan maksud transformasi sebagai perubahan bentuk (sifat, rupa atau keadaan). Maka dengan ini, sistem pendidikan negara kita sememangnya perlu diubah bagi memastikan pembangunan insan seimbang dapat dilaksanakan. Perkara ini (pembangunan seimbang) bukanlah perkara baru kepada sistem pendidikan negara tetapi sebelum ini perkara ini hanyalah teori di atas kertas semata-mata kerana perkara ini sudah lama tertulis dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang termaktud dalam Akta Pendidikan 1996 yang menyebut “Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani...”.

Jelas pada ayat tersebut menunjukkan pendidikan di negara ini bertujuan untuk melahirkan insan seimbang. Tetapi silapnya ialah pelaksanaanya adalah tidak menyeluruh kerana sistem pendidikan sekarang dilihat lebih menekankan peperiksaan iaitu akademik atau intelek semata-mata. Masakan tidak, sistem pendidikan sekarang yang terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan bilangan ‘A’ menjadi keutamaan, pencapaian CGPA menjadi ukuran. Memang tidak dinafikan ‘A’ dan CGPA merupakan terjemahan kepada kefahaman pelajaran, namun penghayatan yang membawa kepada pengaplikasian dalam kehidupan sebenar kurang diambil kira kepada markah tersebut. Oleh sebab itulah, tidak menghairankan apabila sesetengan pihak mendakwa ‘tahu belajar, tapi tak tahu kerja’. Oleh sebab itu juga, saya merasakan tindakan menerapkan dan menilai ‘soft skills’ pada peringkat universiti merupakan satu tindakan terlambat dan lebih kepada tindakan terdesak untuk melahirkan graduan yang berkebolehan. Namun ia sebenarnya bagus dan lebih bagus apabila ia diterapkan lebih awal sebagai mana yang diobjektifkan dalam transformasi pendidikan sebagai mana dilaporkan di atas.

Selain itu, juga menjadi kesan apabila penilaian berasaskan peperiksaan semata-mata ialah penghayatan subjek-subjek seperti sejarah, moral, agama Islam dan lain-lain yang seolah-olah kata orang hanya sebagai ‘cukup syarat’ atau ‘belajar untuk exam’ sahaja. Ini amat mendukacitakan kerana semua mata pelajaran adalah amat penting. Sebagai contoh, apabila sejarah tidak lagi diingati semangat patriotik akan pudar, agama dan moral tidak dihayati gejala sosial akan menular, begitu juga subjek major tidak dikuasai susah di dunia sebenar!

Apapun, diucapkan syabas kepada kementerian pelajaran atas transformasi pendidikan yang ingin dilakukan dan semoga perkara ini akan memantapkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) dan menjadikan sistem pendidikan di negara ini akan terus mantap dari semasa ke semasa. “Pendidikan Seimbang, Insan Cemerlang, Negara Terbilang”!
(Dipetik dari : http://sosiologi-ku.blogspot.com/2008/12/merujuk-kepada-muka-hadapan-akhbar.html) Read more "Transformasi Pendidikan..."

TERKINI ISU SEMASA DUNIA PENDIDIKAN!

Transformasi pendidikan bermula 2010

KUALA LUMPUR 12 Jun , Utusan Malaysia Online– Kementerian Pelajaran akan melaksanakan transformasi sistem pendidikan bermula 2010 bagi meningkatkan kualiti akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, transformasi tersebut akan melibatkan beberapa perubahan dari segi kurikulum dan sistem peperiksaan sekolah.

“Kami akan buat perubahan dari segi kandungan kurikulum supaya ia menjadi lebih menarik dan seronok serta tidak membebankan pelajar.

“Kita nak wujudkan konsep ‘pelajar berlari ke sekolah dan berjalan pulang ke rumah’ sebagai menunjukkan betapa mereka seronok dan teruja untuk menimba ilmu di sekolah,’’ katanya ketika berucap merasmikan sambutan hari guru peringkat daerah Hulu Langat di sini hari ini.

Alimuddin berkata, selain kurikulum, transformasi tersebut juga akan melibatkan perubahan kepada sistem penilaian supaya tidak hanya berasaskan peperiksaan.

Menurutnya, melalui sistem penilaian baru itu, prestasi para pelajar akan dinilai sejak mereka berada di tahun satu lagi.

“Ini bermakna ketika pelajar-pelajar itu menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), peperiksaan mereka melibatkan silibus yang kecil sahaja kerana mereka telah dinilai sejak awal lagi,’’ jelasnya.

Beliau memberitahu, sistem yang bakal dilaksanakan itu akan menggunakan sistem pengumpulan mata seperti dilaksanakan di universiti.

Menurut Alimuddin lagi, tahun ini sebanyak 50 sekolah telah dipilih sebagai perintis bagi melaksanakan transformasi tersebut dan ia akan diteruskan kepada 500 buah lagi pada tahun hadapan serta ke seluruh negara menjelang 2010.

Beliau berharap, melalui mekanisme transformasi itu, lebih ramai pelajar yang bermutu, berilmu pengetahuan dan berdisiplin dapat dilahirkan menjelang tahun 2020.

“Pelajar-pelajar yang berada di peringkat sekolah sekarang ini akan berusia antara 20 hingga 30 tahun menjelang 2020 dan produktiviti mereka sangat diperlukan untuk memajukan negara,’’ katanya.

Read more "TERKINI ISU SEMASA DUNIA PENDIDIKAN!..."

PERANAN GURU


Guru sebenar ialah seorang guru yang memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya.

Prinsip utamanya seorang guru mesti faham bahwa tugas mengajar dan mendidik serta meneladan adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah dapat menganggap pergi ke sekolah sebagai pergi ke medan jihad iaitu menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kebodohan, kebebalan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Kerja mengajar pula adalah sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.

Dalam Islam tugas guru dikelaskan sebagai:
Al-mu'allim : menyampaikan ilmu yang benar
Al-murabbi : menjayakan proses tarbiah
Al-mu'addib : mengajarkan adab dan budi pekerti
Al-mursyid : membentuk kepimpinan insan
Al-mudarris : menitipkan pelajaran dan kemahiran

Seorang guru sentiasa berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri ke tahap yang paling tinggi. Guru yang perkasa bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited, tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria, amanah, berpegang kepada janji, tetap tidak akan mengkhianati tugasnya atau murid-muridnya. Guru yang berpekerti mulia seharusnya menerima setiap pelajar dengan baik dan bersedia membantunya.

Guru sebagai pendidik perlu mempunyai iltizam yang lebih untuk melaksanakan aktiviti bagi mencapai aspirasi-aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang baru, guru harus lebih bersedia untuk melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran baru bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Guru yang berpandangan futuristik akan sentiasa menokok tambah ilmunya dengan membaca dan menghadiri seminar dan bengkel. Dia sentiasa menyedari perkembangan baru dalam arena pendidikan dan dapat memainkan peranan sebagai seorang inovator.

Guru hendaklah sentiasa menekankan unsur perpaduan, keprihatinan, ikram, berbudi bahasa, berkeupayaan bersaing dan berdikari dalam kegiatan pengajaran dan pembelajarannya. Unsur warisan kebudayaan negara hendaklah diserapkan ke dalam di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan harus mirip ke arah perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu yang merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Unsur bersatu padu hendaklah sentiasa ditekankan oleh guru dalam segala kegiatan yang dikendalikannya dan cuba memastikan pelajar-pelajar pelbagai kaum sentiasa berinteraksi antara satu sama lain. Unsur demokratik juga perlu disemai dalam proses pengajaran dan pembelajarannya kecuali dalam hal-hal tertentu pelajar boleh diberi peluang untuk membuat keputusan.

Guru sewajarnya menitikberatkan nilai-nilai disiplin dalam pengajaran dan pembelajaran seperti ketepatan masa, bersopan santun, bertimbang rasa, tolong menolong, prihatin dan bekerjasama di kalangan pelajarnya yang mana amalan ini akan membolehkan para pelajar membesar menjadi ahli-ahli masyarakat yang bersifat penyayang dan berdisiplin.

Sebagai golongan orang-orang yang berilmu pengetahuan dan terlatih guru bukan sahaja perlu mahir dalam bidang masing-masing tetapi juga mestilah berkebolehan menggunakan teknologi komputer secara kreatif dan inovatif. Mereka hendaklah melihat revolusi sistem pendidikan ini sebagai satu peluang untuk meningkatkan kualtiti dan produktiviti pendidikan bukannya sebagai ancaman kepada masa depan kerjaya mereka.

Jadi menyediakan diri menjadi guru yang profesionalisma perlukan latihan dan latihan-latihan semula secara berterusan atau bila-bila sahaja jika ada peluang dan kesempatan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang tinggi bagi memperlengkapkan diri sahajalah seseorang guru itu mampu menyesuaikan dirinya dengan pelbagai cabaran, tuntutan dan tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan globalisasi.

Oleh itu selaku guru sewajarnya menyedari hal ini dan oleh kerana itu juga amat penting diingat bahawa apa jua yang kita buat dan apa jua yang kita tidak buat akan mencerminkan siapa diri kita sebenarnya. Dalam banyak senario kita boleh lihat dan nilai sendiri bagaimana guru yang dikatakan seorang guru yang tidak jemu apabila sentiasa menampilkan sikap dan perlakuan positif seperti datangnya awal baliknya lewat; atau seorang guru yang tidak jemu mengajar biarpun berhadapan dengan segelintir murid yang lemah., lambat dan dengan berbagai karenah; guru yang tidak lesu tetapi tetap bertenaga dari pagi sampai ke tengah hari (atau petang); ia tidak membezakan murid atau kelas yang cerdas dengan murid atau kelas yang kurang cerdas.
Jangan sekali-kali ada perasaan apatah lagi tersimpan niat di hati, akibat dari sikap dan perbuatan guru sendiri dan menyangka yang rosak dan buruk hanyalah organisasi atau sekolah sahaja. Kerosakan yang lebih besar ialah rosaknya nama baik, cemarnya maruah, buruknya perangai diri guru itu sendiri akibat mengikutkan hati dan nafsu.
Guru tidak mungkin menjadi efisyen jika mempunyai ciri guru yang "powerless" , tidak ada prinsip, buta mata hati, tahu tapi tidak mahu tahu atau seorang guru yang ada ilmu tapi tidak beramal dengan ilmunya. Setiap diri kita pasti mampu dan berjaya menjadi seorang guru yang sebenar guru.

(Dipetik dari http://kakramgc.blogspot.com) Read more "PERANAN GURU..."

Khamis, 16 April 2009

PROFIL GURU CEMERLANG

Guru Cemerlang ditakrifkan sebagai seorang guru istimewa, dedikasi dan bermotivasi,
yang mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam bidang tugasnya, hasil
daripada himpunan pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang luas dan berterusan
pada sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Guru Cemerlang mempunyai kualiti peribadi dan kepimpinan yang boleh diteladankan
serta sentiasa mencapai mutu kerja yang cemerlang.

• Sentiasa berterusan, Guru Cemerlang berusaha membentuk akhlak mulia dan
membuktikan peningkatan prestasi akademik serta kokurikulum murid / pelajarnya.

Kepakaran dan kecemerlangan itu dikenalpasti menerusi penilaian dalam aspek berikut:
Taksiran 5 aspek kecemerlangan di atas adalah seperti berikut :

KECEMERLANGAN PERIBADI
• Mempunyai keyakinan diri
• Berakhlak dan bermoral
• Bersikap adil dan bertimbang rasa
• Beramanah dan bertannggugjawab
• Kreaktif dan inovatif
• Sentiasa mengurus diri dengan kemas
• Sedia berkongsi dan berkerjasama
• Bersikap terbuka
• Bersikap positif

KECEMERLANGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN
• Mengamalkan budaya ilmu
• Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang rasional dan objektif
• Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
• Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid/pelajar sekolah, minit mesyuarat, dokumentasi dan penerbitan sekolah
• Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
• Berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
• Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program tindakan susulan
• Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan pengajaran dan pembelajaran
• Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar
KECEMERLANGAN KERJA
• Pengurusan keceriaan bilik darjah
• Berjaya membimbing murid/pelajar mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran
• Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
• Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran
• Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya
• Memberi kerja bertulis dan latihan megikut kekerapan yang sesuai
• Memberi bimbingan pelajaran pelajaran kepada murid/pelajar di luar waktu pengajaran
• Menggunakan hasil pengujian dna penilaian untuk membaiki pengajaran
• Sentiasa merangsang murid/pelajar berfikir
• Merancang pelajaran yang baik
• Hasil pembelajaran murid/pelajar menunjukkan peningkatan
• Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen
• Peranan dalam kokurikulum sebagai guru penasihat atau jurulatih
• Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid/pelajar
KECEMERLANGAN KOMUNIKASI
• Memulakan atau merintis sesuatu usaha dan berupaya meneruskan usaha itu
• Berjaya berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan secara lisan dan bertulis
• Sentiasa memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli masyarakat sekolah
KECEMERLANGAN POTENSI
• Menyumbangkan tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan sekolah dalam bidang kokurikulum sekurang-kurangnya di peringkat sekolah dan daerah
• Penglibatan dalam kursus, seminar, bengkel peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan sebagai fasilitator, penyedia kertas kerja dan penceramah
• Sentiasa belajar untuk peningkatan kerjaya sebagai pendidik
• Mempunyai wawasan Read more "PROFIL GURU CEMERLANG..."

Rabu, 15 April 2009

GURU CEMERLANG

PROGRAM PENAMBAHAN CALON GURU CEMERLANG

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Jawatan GC merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang mata pelajaran masing-masing.Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 berasaskan memorandum Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Kabinet bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan – Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” (April 1993).tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perhidmatan Pendidikan hanya berasaskan satu model sahaja. Seseorang yang dinaikkan pangkat dari DG41 (guru siswazah) ke DG48 misalnya, akan menjawat jawatan baru seperti Pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah. Ia akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan tugas-tugas lama sebagai guru dan pendidik. Dengan kata lain apabila seseorang guru itu dinaikkan pangkat, ia akan keluar dari tugas perguruan ataupun “moving up is moving out”.

Kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu perkhidmatan profesional tidak semestinya berlandaskan satu model sahaja. Dalam perkhidmatan profesional kenaikan pangkat harus juga memberi pertimbangan kepada perkembangan profesion itu sendiri. Pegawai harus diberi laluan untuk boleh meningkatkan kerjaya dalam profesion berkenaan tanpa meninggalkannya – “moving up need not necessarily be moving out”.Peluang untuk naik pangkat dalam jawatan yang sama akan dapat mempertingkatkan kualiti profession. Apabila guru-guru dinaikkan pangkat dalam jawatan yang sama dan terus mengajar, kebolehan dan kepakarannya dalam bidang pendidikan akan terus dapat dimanfaatkan. Sebaliknya apabila guru-guru yang baik dan cermerlang dari aspek di kelas dinaikkan pangkat ke jawatan “pentadbir” dan tidak lagi mengajar, kualiti pendidikan akan terjejas. Dengan kata lain “Education loses when promotion begins". Read more "GURU CEMERLANG..."

ORGANISASI MGC MERSING 2009

AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS GURU CEMERLANG (MGC)
DAERAH MERSING TAHUN 2009


PENGERUSI

En. Kungi Kuaya Bin Mohamad

NAIB PENGERUSI

En. Shamsul Bahri Bin Idris

SETIAUSAHA

Pn. Zanariah Binti Zakaria

BENDAHARI

Pn. Sukmawati Bt. Mohd. Nor


AHLI JAWATANKUASA

En. Merhalim Bin Ali

Pn. Puspa Julina Bt. Jaafar Sidik

En. Sheikh Fauzi Bin Ali

Pn. Nurani Binti Abdullah


AHLI BIASA

En. Abdul Razak bin Isnin

Pn. Rosliza bt. Abd Manap

Pn. Olly Rozita bt. Mohamed Zain





Read more "ORGANISASI MGC MERSING 2009..."
 

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks