Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Rabu, 15 April 2009

GURU CEMERLANG

PROGRAM PENAMBAHAN CALON GURU CEMERLANG

Dalam usaha memartabatkan profesion keguruan, gagasan Guru Cemerlang (GC) telah diperkenalkan pada tahun 1993. Jawatan GC merupakan suatu bentuk insentif kepada guru yang telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang mata pelajaran masing-masing.Guru Cemerlang telah mula diperkenalkan pada tahun 1994 berasaskan memorandum Kementerian Pendidikan Malaysia kepada Kabinet bertajuk “Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan – Cadangan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Pendidikan Dan Menghasilkan Guru Yang Cemerlang” (April 1993).tahun 1994, sistem kenaikan pangkat dalam Perhidmatan Pendidikan hanya berasaskan satu model sahaja. Seseorang yang dinaikkan pangkat dari DG41 (guru siswazah) ke DG48 misalnya, akan menjawat jawatan baru seperti Pengetua atau Pegawai Pendidikan Daerah. Ia akan menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan meninggalkan tugas-tugas lama sebagai guru dan pendidik. Dengan kata lain apabila seseorang guru itu dinaikkan pangkat, ia akan keluar dari tugas perguruan ataupun “moving up is moving out”.

Kenaikan pangkat dalam Perkhidmatan Pendidikan sebagai satu perkhidmatan profesional tidak semestinya berlandaskan satu model sahaja. Dalam perkhidmatan profesional kenaikan pangkat harus juga memberi pertimbangan kepada perkembangan profesion itu sendiri. Pegawai harus diberi laluan untuk boleh meningkatkan kerjaya dalam profesion berkenaan tanpa meninggalkannya – “moving up need not necessarily be moving out”.Peluang untuk naik pangkat dalam jawatan yang sama akan dapat mempertingkatkan kualiti profession. Apabila guru-guru dinaikkan pangkat dalam jawatan yang sama dan terus mengajar, kebolehan dan kepakarannya dalam bidang pendidikan akan terus dapat dimanfaatkan. Sebaliknya apabila guru-guru yang baik dan cermerlang dari aspek di kelas dinaikkan pangkat ke jawatan “pentadbir” dan tidak lagi mengajar, kualiti pendidikan akan terjejas. Dengan kata lain “Education loses when promotion begins".

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks