Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Khamis, 22 Oktober 2009

PAUTAN

1. MGC MALAYSIA
2. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3.JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
4.BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
5.BLOG PPD KURIKULUM (MERSING) Read more "PAUTAN..."

Ahad, 4 Oktober 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidikan Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah dan Menengah Negeri (Bahasa Inggeris SPM)

TARIKH: 5 Okt. 2009 (Isnin)
TEMPAT: Bilik Wawasan PPD Lama Mersing

PENCERAMAH:

1. En. Sheikh Fauzi b. Ali

(SMK Nitar, Mersing.)

2. En.Abd.Hafiz b. Othman

(SMK LKTP Belitong)


URUSETIA : MGC Mersing
PESERTA : 39 Orang
Sekitar Suasana Kursus

Encik Penceramah En.Abd.Hafiz b. Othman (GC DGA44) sedang tekun memberi ceramah 'Langkah-langkah P&P Bahasa Inggeris untuk Menengah Atas.

Read more "Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidikan Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah dan Menengah Negeri (Bahasa Inggeris SPM)..."

Selasa, 11 Ogos 2009

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidikan Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah dan Menengah Negeri (Bahasa Melayu PMR)

TARIKH: 10 OGOS 2009
TEMPAT: Bilik Wawasan PPD Lama Mersing
PENCERAMAH: Pn. Noraini bt Abdullah (GC DGA44)
URUSETIA : MGC Mersing
PESERTA : 39 Orang Guru Bahasa Melayu Yg Mengajar Tingkatan 1, 2 dan 3
(Drpd. Daerah Mersing & Kota Tinggi)

Sekitar Suasana Kursus




Puan Penceramah (Pn. Noraini bt Abdullah (GC DGA44) sedang tekun memberi ceramah 'Langkah-langkah P&P Bahasa Melayu untuk Menengah Rendah'.


Peserta kursus sedang tekun mendengar ceramah.


Sesi Perbengkelan (Membina contoh RPH Bahasa Melayu)



Sesi pembentangan hasil perbengkelan.


Read more "Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidikan Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah dan Menengah Negeri (Bahasa Melayu PMR)..."

Aktiviti MGC Mersing (Bulan Ogos sehingga Oktober 2009)


MGC Daerah Mersing dengan kerjasama MGC Negeri Johor dan PPD Mersing telah dan akan melaksanakan Kursus Peningkatan Profesionalisme Pendidikan Bagi Guru-Guru Sekolah Rendah dan Menengah Negeri Johor berdasarkan ketetapan berikut :-

1.PMR

a) M/P: Bahasa Melayu
TARIKH: 10 OGOS 2009
TEMPAT: Bilik Wawasan PPD Lama Mersing
PENCERAMAH: Pn. Noraini bt Abdullah (GC DGA44)
URUSETIA : MGC Mersing

b) M/P: Matematik
TARIKH: 13 OGOS 2009
TEMPAT: Bilik Wawasan PPD Lama Mersing
PENCERAMAH: En Merhalim b Ali
URUSETIA : MGC Mersing

2.SPM

a) M/P: Bahasa Inggeris
TARIKH: 5 ktober 2009
TEMPAT: PKG Bandar Mersing
PENCERAMAH: En Sheikh Fauzi b Ali & En Abd. Hafiz b. Othman
URUSETIA : MGC Mersing

b) M/P: Bahasa Melayu
TARIKH: 6 ktober 2009
TEMPAT: PKG Bandar Mersing
PENCERAMAH: MGC Negeri Johor
URUSETIA : MGC Mersing

3.UPSR

a) M/P: Bahasa Melayu
TARIKH: 29 September 2009
TEMPAT: PKG Bandar Mersing
PENCERAMAH: Pn Zanariah bt Zakaria
URUSETIA : MGC Mersing

b) M/P: Matematik
TARIKH: 30 September 2009
TEMPAT: PKG Bandar Mersing
PENCERAMAH: Pn Olly Rozita bt Mohamed
URUSETIA : MGC Mersing

c) M/P: Bahasa Inggeris
TARIKH: 1 Oktober 2009
TEMPAT: PKG Bandar Mersing
PENCERAMAH: MGC Johor
URUSETIA : MGC Mersing Read more "Aktiviti MGC Mersing (Bulan Ogos sehingga Oktober 2009)..."

Selasa, 4 Ogos 2009

AHLI JAWATANKUASA
MAJLIS GURU CEMERLANG (MGC)
DAERAH MERSING TAHUN 2012

PENGERUSI
En. Kungi Kuaya Bin Mohamad

NAIB PENGERUSI
En. Merhalim Bin Ali

SETIAUSAHA
Pn. Zanariah Binti Zakaria

NAIB SETIAUSAHA
En. Abdul Razak Bin Isnin

BENDAHARI
Pn. Sukmawati Bt. Mohd. Nor

AHLI JAWATANKUASA

Pn. Puspa Julina Bt. Jaafar Sidik

En. Sheikh Fauzi Bin Ali

Pn. Nurani Binti Abdullah

Pn. Rosliza bt. Abd Manap

AHLI



Pn. Nor Hayati bt Salleh
En. Azemi bin Ahmad

En. Shamsudin bin Othman
 En. Zulkurnain bin Mahmood

Pn. Haliza bt. Jelani
 En. Rosdan bin Kamarulzaman
En. Wan Bazli Fariz bin Wan Bakar
 En. Mohd Khairulnisa Bin Nashuri

En. Shamsul Bahri Bin Idris

Pn. Salina Bt. Awang
En. Moohd Freezaillah Arkmey Bin Md Din
En. Mohd Faruze Bin Iberahim
 En. Mohd Zamni Bin Sairun@Sairon
 En. Zamri Bin Abdullah
 En. Izhan Bin Ibrahim
 Pn. Halimahtus Sa'diah Bt. Ithnin
En. Zul Hazizi Bin Khasbollah
 Pn. Rohaya bt. Mohamad Yacob
Read more " ..."

Rabu, 13 Mei 2009

HARI GURU

SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU


Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.

Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah. Read more "HARI GURU..."

Isnin, 4 Mei 2009

PENGAJARAN EFEKTIF ( EFFECTIVE TEACHING )

Oleh : ajax76

1.0 PENGENALAN

Ketika di bangku sekolah, anda tentu pernah mengalami pengajaran guru yang amat menarik dan ada pula yang begitu membosankan. Kalau anda ditanya apakah itu pengajaran efektif, tentu anda akan menyatakan ia adalah pengajaran yang mudah difahami serta menyeronokkan. Ada pula di antara anda yang cuba mengaitkan pengajaran berkesan dengan guru dan menyatakan guru itu adalah baik hati, bertimbang rasa, demokratik serta pandai berjenaka.

2.0 DEFINISI PENGAJARAN EFEKTIF

Menurut Thomas F. Green (1997) melalui bukunya The Activities of Teaching menulis bahawa pengajaran adalah proses menukar tingkah laku & kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Dr Ragbir Kaur (2005) mendefinisikan pengajaran sebagai satu proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Maksud efektif pula jika dirujuk dalam Kamus Pelajar DBP Cetakan Kesebelas (1994) bermaksud sesuatu yang mendatangkan kesan atau hasil yang diharap-harapkan.

Pengajaran efektif merupakan pengajaran yang membolehkan pelajar menguasai kemahiran tertentu serta pengetahuan dan arah tuju. Pengajaran ini dilaksanakan dalam kumpulan kecil yang sama-sama berusaha untuk mencapai tujuan bersama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan penyeliaan guru. Al-Ghabisi (2002).

Secara dasarnya pengajaran efektif merupakan aktiviti pengajaran yang melibatkan pendidikan yang terbaik bagi meningkatkan keinginan pelajar dalam pembelajaran dengan berbagai-bagai aktiviti pendidikan. Chris (1992).

Menurut Hunter (1969) dalam bukunya Teach More, Faster pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri murid-murid. Pembelajaran yang efektif berlaku dalam suasana yang sihat serta bersemangat.

Oleh itu, pengajaran efektif boleh ditakrifkan sebagai satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir yang dikehendaki di dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid, akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia juga merangkumi perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

3.0 CIRI-CIRI PENGAJARAN EFEKTIF

Pengajaran efektif akan memberi makna dan berfaedah serta mempunyai nilai yang kekal dan berterusan yang boleh diaplikasikan oleh seseorang pelajar bagi menempuh masa hadapan yang penuh cabaran. Khairi (1990). Untuk mengetahui sama ada wujudnya pengajaran afektif maka ciri-ciri di bawah haruslah di ambil perhatian.

3.1 Pengajaran itu sesuai bagi pelajar dari segi masa yang dikorbankan dan usaha yang dicurahkan.

Sesuatu pengajaran yang efektif seharusnya mengambil kira kesesuaian

masa seimbang dengan keadaan tahap kesediaan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Kesesuaian masa bermaksud pengajaran yang dipersembahkan itu mengambil kira persediaan pelajar ketika itu untuk menerima pengajaran dan memulakan proses pembelajaran. Ia juga mengambil kira keupayaan pelajar untuk memikul bebanan pembelajaran dan kesesuaiannya. Mengikut Salvin (1994) salah satu daripada empat faktor yang mempengaruhi pengajaran berkesan ialah masa diperuntukkan untuk pengajaran (time of instruction). Oleh itu seseorang guru yang mahu menjadikan pengajarannya efektif haruslah merancang satu set pengajaran yang masanya bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar.

3.2 Matlamat jelas dan bermakna kepada pelajar.

Sesuatu pengajaran yang efektif itu semestinya mengandungi matlamat yang jelas dan bermakna di samping mempunyai hubungan yang releven dengan keperluan dan kecenderungan kepada pelajar berkenaan. Persembahan pengajaran tersebut hendaklah sesuatu yang sangat dirasakan perlu dan bererti bagi diri pelajar tersebut. Sebagai contoh pembelajaran bahasa Arab sangat penting bagi pelajar muslim bagi memudahkan memahami isi kandungan al- Quran dan hadis nabi yang mana kedua-duanya menggunakan bahasa arab.

Pembelajaran Pendidikan Islam misalnya dapat membantu memperkukuhkan akidah dan sahsiah pelajar beragama Islam khususnya. Apabila guru merancang pengajaran dengan saksama dengan mengambil kira apa perkara yang hendak dipesan atau apa nasihat yang akan diberi dan apa nilai yang hendak dtonjolkan supaya menjadi panduan kepada pelajar. Jika perkara ini berjalan pelajar akan merasakan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam dipelajarai bukan hanya untuk lulus peperiksaan sahaja malah ia dapat dihayati supaya setia pelajar dapat menjadi seorang muslim yang beramal dengan ajaran Islam dengan cara yang betul. Kepentingan-kepentingan yang terdapat dalam pembelajaran ini perlu dijelaskan oleh guru kepada pelajar. Semakin bermakna pembelajaran itu kepada pelajar semakin bertambah penerimaan dan minatnya terhadap pembelajaran itu.

3.3 Meninggalkan kesan kepada pelajar.

Sesuatu pengajaran yang efektif itu selalunya memberi kesan yang mendalam kepada pelajar dari segi minat dan pemahamannya. Perubahan tingkahlaku yang ditunjukkan pelajar seperti menunjukkan minat atau kesan ilmu yang dipelajari itu merupakan antara kesan yang boleh dilihat. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

3.4 Dilaksanakan dengan kebijaksanaan, kefahaman dan kesedaran guru.

Pengajaran efektif hendaklah dilaksanakan dengan mengambil kira kebijaksanaan, kefahaman dan kesedaran guru supaya ia boleh berjalan berterusan serta boleh diaplikasikan dalam suasana yang berbeza. Walaupun dilaksanakan pada bila-bila masa dan ketika namun dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar. Oleh itu guru hendaklah membuat persediaan rapi sebelum masuk ke kelas untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuklah straegi pengajaran yang merangkumi Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan.

3.5 Berlaku persaingan di antara pelajar.

Sesuatu pengajaran itu boleh dikatakan efektif sekiranya wujud persaingan sesama pelajar dengan penglibatannya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru yang dapat merancang pengajaran yang efektif akan melihat berlakunya proses pengajaran dua hala yang aktif di antara guru dan murid. Semakin aktif pelajar bersaing sesama mereka dalam aktiviti pembelajaran semakin wujudnya pengajaran dua hala. Pembelajaran berkualiti tinggi bermakna pelajar terlibat secara aktif, mempunyai pilihan terhadap cara mereka belajar dan mempunyai kawalan terhadap aspek yang dipelajari. Mengikut Ramsden (1992, hlm. 100), “Good teaching fosters this sense of student control over learning and interest in the subject matter”.

3.6 Dilaksanakan dengan sokongan guru.

Sesuatu pengajaran efektif hendaklah dilakukan dengan sokongan guru iaitu dengan memberikan insentif kepada pelajar berbanding hukuman. Guru boleh memberikan insentif berbentuk motivasi, pujian dan ganjaran. Insentif bermaksud keupayaan guru untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk terus belajar dan menyiapkan kerja-kerja yang di beri oleh guru. Terdapat dua cara untuk guru memberikan motivasi kepada pelajar supaya terus belajar (Slavin, 1994). Pertama, guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pelbagai alat Bantu Mengajar (ABM). Kedua, guru boleh memberi insentif kepada pelajar dengan cara memberikan ganjaran atau pujian kepada pelajar yang dapat menguasai sesuatu kemahiran atau memberi dendaan kepada pelajar yang tidak dapat menguasai sesuatu kemahiran.

Read more "PENGAJARAN EFEKTIF ( EFFECTIVE TEACHING )..."

Ahad, 3 Mei 2009

PENGAJARAN EFEKTIF ( EFFECTIVE TEACHING )


Oleh : AJAX76

Definisi Pengajaran

Thomas F. Green (1997)(Buku “ The Activities of Teaching”)

“Pengajaran adalah proses menukar tingkah laku & kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru”.

Dr Ragbir Kaur (2005)

“Pengajaran adalah satu proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)”.

Definisi Efektif

KAMUS PELAJAR DBP CETAKAN KESEBELAS (1994)

EFEKTIF bermaksud.

Ø Ada kesannya (akibat pengaruhnya) (berkesan).

Ø Dapat mendatangkan hasil yang diharap-harapkan.

DEFINISI PENGAJARAN EFEKTIF

(1) Hunter (1969)(Buku “ Teach More Faster”)

“ Pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri murid-murid dan ianya berlaku dalam suasana yang sihat serta bersemangat ”.

(2) Al Ghabisi (2002)

“ Pengajaran yang dilaksanakan dalam kumpulan kecil yang sama-sama berusaha ntuk mencapai tujuan bersama dalam P&P di bawah penyeliaan guru ”.

(3) Khairi (1990)

Pengajaran yang :-

mempunyai makna & berfaedah

mempunyai nilai kekal & berterusan

menghasilkan kesan mendalam terhadap pelajar

menzahirkan kebolehan bakat terpendam pelajar bagi membolehkannya membaiki kehidupannya.

(4) Chris (1992)

“ Aktiviti pengajaran yang melibtkan pendidikan yang terbaik bagi meningkatkan keinginan pelajar dalam pembelajaran dengan berbagai aktiviti pendidikan”.

TAKRIF PENGAJARAN EFEKTIF

“Pengajaran efektif boleh ditakrifkan sebagai satu sistem aktiviti yang dapat meningkatkan lagi hasil pembelajaran terakhir yang dikehendaki di dalam suasana yang sihat, demokratik dan bersemangat. Hasil pembelajaran terakhir yang dimaksudkan ialah perubahan tingkah laku murid, akibat penerimaan pengetahuan atau kepercayaan baru. Ia juga merangkumi perkembangan seseorang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek”.

CIRI-CIRI PENGAJARAN AFEKTIF

  1. Sesuai bagi pelajar (masa dikorbankan & usaha yang dicurahkan).
  2. Mempunyai matlamat yang jelas & bermakna bagi pelajar.
  3. Meninggalkan kesan kepada pelajar.
  4. Dilaksanakan dengan kebijaksanaan, kefahaman & kesedaran guru.
  5. Poses P&P berlaku dengan persaingan sesama pelajar dan penglibatan dalam aktiviti P&P.
  6. Dilaksanakan dengan sokongan guru.

FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PENGAJARAN AFEKTIF

CIRI-CIRI PELAJAR

  1. Mempunyai kemampuan pemikiran dan pergerakan.
  2. Mempunyai fizikal yg baik.
  3. Mempunyai tingkah laku & kesedaran yg baik terhadap pembelajaran.

CIRI-CIRI GURU

  1. Mempunyai kebolehan & kebijaksanaan.
  2. Mempunyai keperibadian yang digemari pelajar

#Kajian oleh David G. Ryans (1959), guru yang efektif ialah guru yang mempunyai sifat-sifat berikut :

1. Bersikap adil dan tidak memilih kasih.

2. Bertimbang rasa dan baik hati.

3. Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.

4. Tenang dan stabil emosinya.

5. Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya berjenaka.

6. Berpersonaliti dinamik, iaitu menarik, tangkas dan kerapkali.

#Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah.

# Al-Ghazali, (1988) & Al-Ibrashy, (1976)

Guru berkesan bukan sahaja memberi kesan dalam bidang pelajaran yang diajar, mudah faham dan diminati oleh pelajar, tetapi yang boleh menjadi contoh kepada pelajar dari segala aspek personaliti, kerana personaliti guru mempengaruhi sikap pelajar. Ini termasuklah gaya bercakap, kekemasan berpakaian, penghayatan nilai Islam, penjagaan masa pengajaran (engagement time), ketepatan masa dalam setiap perjanjian, keadilan dalam layanan dan sebagainya. Ini semua mencerminkan guru muslim.



Read more "PENGAJARAN EFEKTIF ( EFFECTIVE TEACHING )..."
 

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks