Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Isnin, 20 April 2009

SYARAT-SYARAT BEKERJA CEMERLANG DALAM ISLAM




ISLAM yakin dengan potensi manusia itu sendiri dan dari awal lagi telah melahirkan beberapa prinsip yang sangat berguna kepada prestasi kerja manusia.


Prinsip-prinsip ini terdiri daripada:

A. Niat

Dalam apa juga urusan kita, kita harus bermula dengan niat yang jelas,

kerana niat itu sebenarnya akan menentukan kejayaan atau kegagalan kita.

Menurut sebuah hadith Rasulullah (s.a.w.) dari Ibn Umar (r.a.) yang

bermaksud:

"Sesungguhnya setiap pekerjaan itu hendaklah dimulakan dengan niat.

Setiap orang akan dapat apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang

hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya adalah

kepada Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang hijrahnya adalah kepada

urusan dunia ini atau untuk mendapatkan seorang perempuan untuk

dinikahnya, maka ia hijrahnya adalah untuk apa yang dimaksudkan."

(Bukhari dan Muslim).

B. Ilmu

Sayyidina Ali ibn Abi Talib (k.w.) pernah berkata: "Ilmu itu adalah lebih

baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.

Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta itu terhukum. Harta itu

berkurangan apabila dibelanjakan dan ilmu itu bertambah apabila

dibelanjakan".

C. Ikhtiar

Oleh kerana ikhtiar itu datang dari perkataan "khair" yang bermaksud

baik, maka ikhtiar haruslah bermakna berusaha untuk menambahkan

kebaikan.

D. Istiqamah

Istiqamah atau konsisten bermaksud biarlah kita buat sedikit tetapi selalu

dan hendaklah ditingkatkan dari satu peringkat yang rendah kepada yang

lebih tinggi.

E. Adil

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya.

F. Ihsan

Ihsan bermaksud melakukan sesuatu dengan bersungguh, gigih, dedikasi

dan komited. Ia juga bermaksud melakukan sesuatu pada peringkat yang

melebihi dari peringkat adil.

G. Tawazun

Tawazun bermaksud seimbang. Kita harus dapat mengimbangkan antara

tugas kita sebagai seorang pekerja dan manusia biasa yang berkeluarga,

memerlukan masa rihat, dan lain-lain.

H. Qana'ah

Qana'ah bermaksud kesederhanaan yang membawa kepada

kecemerlangan.

I. Syura

Syura ialah suatu prinsip yang mengambilkira segala sudut pandangan dari

semua pihak yang berkenaan.

J. Muhasabah

Muhasabah bermaksud menilai diri. Ia juga bermaksud merancang apa

yang hendak kita buat.

K. Halawatul iman

Halawatul iman bermaksud kemanisan iman. Dalam kes bekerja, ia

bermaksud bahawa kerja itu hendaklah menambahkan keinginan kita

untuk lebih bersungguh, berbangga dengan hasil kerja kita, dan lain-lain.

L. Sabiquna ilal khairat

Ia bermaksud berlumba-lumba kepada kebaikan.

M. Menjauhi kemungkaran

Menjauhi kemungkaran termasuk juga nilai yang negatif.

N. Uswatun Hasanah

Ia bermaksud mencontohi yang terbaik.


(Dipetik dari: Kertas Kerja BEKERJA UNTUK KECEMERLANGAN
oleh Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi Timbalan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM) )

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks