Info Terkini Portal Rasmi PPD Mersing

Jumaat, 29 Januari 2010

Kursus Pembinaan Blog MGC Johor Tahun 2010








KURSUS : PEMBINAAN LAMA BLOG MGC JOHOR TAHUN 2010
TARIKH : 29-31 JANUARI 2010
TEMPAT : HOTEL LANDMARK BATU PAHAT

Salam,

Alhamdulilah hasrat untuk merealisasikan kursus pembinaan blog untuk semua Setiausaha Daerah Majlis Guru Cemerlang telah dapat dilaksanakan pada 29 hingga 31 Januari 2010. Kursus yang diadakan di Hotel Landmark Batu Pahat ini dihadiri oleh 25 orang peserta yang terdiri dari setiausaha dan penolong setiausaha MGC daerah negeri Johor. Adalah diharapkan kursus ini akan dapat mewujudkan satu rangkaian blog yang ditunjangi oleh blog MGC Negeri Johor sendiri. ianya bukan sahaja dapat dijadikan sumber rujukan oleh semua guru dan murid di negeri Johor malah dapat digunakan oleh semua guru Cemerlang untuk berkongsi Ilmu dengan warga pendidik. Apa yang lebih penting kursus ini juga diharapkan dapat melahirkan jurulatih-jurulatih diperingkat daerah untuk membudayakan penggunaan ICT sebagai salah satu wadah dalam pendidikan negara. Selamat berkursus.

1.0 Rasional:

Kursus ini diadakan.

1. Berketepatan dengan perkembangan semasa, penggunaan ICT dalam pendidikan merupakan salah satu kaedah penyampaian maklumat dan pengetahuan baik kepada semua guru cemerlang , guru-guru mahupun pelajar-pelajar yang dapat digunakan secara “online” dan tanpa batasan.

2. Laman blog Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor perlu diperbaharui dan dikemaskinikan dengan maklumat terbaru dan wajah terkini. Malah amat perlu diwujudkan satu rangkaian antara Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor dengan Majlis Guru Cemerlang peringkat daerah masing-masing. Rangkaian ini pastinya mampu memberikan maklumat , pengetahuan, dan sebagai sumber rujukan kepada semua Guru Cemerlang dan warga pendidik di negeri Johor. Secara tidak langsung ianya akan meningkatkan peranan Majlis Guru Cemerlang itu sendiri.

2.0 Objektif:

1. Mengemaskini dan mewujudkan semula Blog MGC Negeri Johor dan dilinkkan dengan blog MGC seluruh daerah di negeri Johor.

2. Memberikan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik kepada semua Setiausaha daerah dan negeri bagaimana menghasilkan dan mengendalikan blog untuk Majlis Guru Cemerlang daerah masing-masing.

3. Mewujudkan rangkaian jurulatih pembinaan blog di daerah masing-masing dengan harapan ianya dapat diperkembangan serta dibangunkan dan oleh seluruh Guru Cemerlang di Johor ini, selaras dengan perkembangan dan penguasaan teknologi maklumat terkini.

4. Menjadikan Blog MGC Negeri Johor dan rangkaiannya sebagai sumber rujukan, maklumat , pengetahuan dan info terkini kepada semua Guru Cemerlang, guru-guru dan pelajar-pelajar di seluruh negeri Johor dan Malaysia.

3.0 Kumpulan sasaran :

Setiausaha negeri dan daerah masing – masing
20 orang S/U dan penolong S/U daerah
3 orang S/U negeri dan penolong S/U
2 orang Fasilitator

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Great Morning ©  Copyright by MGC MERSING | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks